Jumaat, 20 Disember 2013

Guru wanita, lelaki Pakistan dicekup rakam filem lucah. @UMonline @myberita

gambar hiasan
Seorang wanita yang merupakan guru penolong kanan di sebuah sekolah di daerah ini bersama seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat rakaman filem lucah.

Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, yang bekerja sebagai peniaga membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Mereka berdua didakwa membuat filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini pada pukul 8.30 pagi, 16 November lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mencadangkan jaminan RM3,000 kepada Lizah namun tiada jaminan dicadangkan oleh pendakwaan terhadap warga asing itu.

Lizah bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana suaminya sedang sakit dan hanya dia yang bekerja untuk menanggung enam orang anak.

Muhamad Usman pula merayu supaya dibenarkan ikat jamin kerana perlu menanggung isteri serta keluarganya di Pakistan.

Mohd. Firdaus membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 manakala Muhamad Usman RM10,000 berserta dua penjamin warga tempatan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.

Mohd. Firdaus menetapkan 23 Januari depan bagi sebutan semula kes untuk kedua-dua tertuduh melantik peguam. 

- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah