Sabtu, 7 Disember 2013

@KhairyKj: Isu ketirisan dan rasuah buat anak muda marah. #pau2013

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan isu pembaziran, ketirisan dan rasuah sepertimana yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara membangkitkan rasa marah anak muda.‎

Khairy berkata pendedahan Ketua Audit Negara itu jika tidak dapat dijawab dan dikenakan tindakan kepada mereka yang terlibat boleh menyebabkan anak muda menjauhi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, anak muda mahu melihat semua perkara yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dijawab dengan jelas dan tindakan dikenakan terhadap mereka yang terbabit.

"Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan adanya berlaku pembaziran, ketirisan dan rasuah dan mereka (anak muda) mahu kita (UMNO dan BN) menjawab isu ini.

"Kalau tidak dapat menjawab mengenai pembaziran, ketirisan dan rasuah ia boleh membangkitkan kemarahan anak muda, jadi kita perlu jawab dan tindakan perlu diambil kepada mereka yang bersalah," katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Khairy juga dalam ucapannya menekankan kepentingan bagi seluruh pemimpin dan ahli UMNO untuk terus mendekati anak muda kerana undi golongan muda dijangka akan terus meningkat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau sekali lagi menegaskan tugas mendekati anak muda tidak seharusnya menjadi tanggungjawab Pergerakan Pemuda UMNO semata-mata sebaliknya menjadi tugas UMNO keseluruhan.

Katanya, UMNO perlu menjuarai isu anak muda seperti masalah kesempitan hidup yang banyak dialami oleh golongan tersebut terutama di bandar.

"Kita dapat lihat, kalau di bandar dulu ada restoran yang jual segelas (teh tarik) 80 sen, tapi hari ini sudah naik, ada yang RM1.60 segelas.

"Ada kajian yang menunjukkan di bandar, anak muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan selepas bayar duit kereta, duit rumah dan makan-minum, mereka (anak muda) tidak ada sesen pun untuk simpanan.

"jadi kita (UMNO) perlu berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan muda ini baik di bandar dan juga di luar bandar," katanya.

Khairy turut menyentuh isu diskriminasi syarikat-syarikat bukan bumiputera terhadap anak muda Melayu yang bekerja di syarikat tersebut.

Katanya, perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana bukan sedikit jumlah anak muda yang terpaksa berdepan masalah diskriminasi di syarikat-syarikat milik bukan bumiputera.

"Kita boleh lihat, masalah diskriminasi oleh syarikat-syarikat bukan bumiputera ini merupakan satu perkara yang serius.

"Kalau ada kelayakan yang sama pun, anak muda bumiputera tidak mendapat gaji yang setimpal dengan kerja mereka di syarikat-syarikat milik bukan bumiputera," jelasnya.

Menyentuh isu perumahan terhadap anak muda pula, Khairy meminta supaya kerajaan memandang serius masalah yang dihadapi anak muda.

Beliau merayu agar kerajaan menambah jumlah Rumah Transit terutama di kawasan bandar untuk anak muda kerana jumlah yang diperuntukan masih tidak mencukupi.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah