Khamis, 12 Disember 2013

KPU Wilayah Persekutuan @razlanrafii 'Tampar' SPAD. @syedhamidalbar


Tambang bagi pengangkutan awam jenis LRT dan monorel dijangka naik pada tahun depan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.


Ikuti KENYATAAN MEDIA dari Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berhubung KENAIKAN KADAR TAMBANG LRT.

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna.

Warga Kuala Lumpur merupakan pengguna yang paling terbeban secara langsung akibat kenaikan kadar tambang ini. Ia tidak termasuk lagi dengan cadangan kenaikan tarif cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kenaikan kadar elektrik (TNB) yang sudah pasti terpaksa dihadapi oleh warga kota.

Sudah sampai masanya Kabinet memikirkan dan mendalami masalah serta bebanan yang terpaksa dipikul oleh warga kota apabila ada kenaikan seperti ini dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Saya berharap agar pihak SPAD mencari inisiatif lain bagi menanggung kos operasi khidmat LRT.

Dalam pada masa yang sama, pihak berwajib haruslah mencari formula yang lebih efektif bagi menggalakkan orang ramai terutama warga Lembah Klang menggunakan perkhidmatan awam yang sedia ada dengan kadar tambang yang lebih murah.

Keberkesanan formula dan pendidikan kepada rakyat akan memberikan hasil positif buat semua pihak dan secara tidak langsung masalah kesesakan jalan raya pada waktu kemuncak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak warga kota mendesak cadangan kenaikan tambang LRT ini ditangguhkan sementara sehingga ianya benar-benar dirasakan relevan untuk dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama, saya menyeru agar tidak ada lagi 'mimpi ngeri' ditimbulkan kepada warga Kuala Lumpur yang melibatkan kos hidup mereka.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah