Selasa, 31 Disember 2013

#RakyatPilihDataranMerdeka31Dis NYARIS DI BOM SELEPAS CUBAAN DIGAGALKAN PIHAK @PDRMsia @KBAB51 @myberita #TURUN


Disember – Seorang lelaki ,46 tahun ditahan bersama sebatang paip disyaki bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang Jaya, Selangor.

Anggota polis yang mengesyaki sesuatu telah cuba menahan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki di lampu isyarat Tasik Permai, Ampang.

Lelaki tersebut yang memecut motosikal kemudiannya telah dikejar oleh anggota polis dan setibanya di suatu lokasi di Taman Halaman, Ampang motosikal yang ditunggangi lelaki tersebut telah terbabas dan melanggar sebuah kenderaan yang berada di bahu jalan tersebut.

Anggota polis yang berjaya menahan lelaki terbabit telah menjalankan pemeriksaan dan telah menemui sebatang paip PVC bersama mercun botol bersumbu yang dipercayai bom buatan sendiri.

Polis juga turut merampas telefon bimbit milik saspek untuk siasatan lanjut. Semakan terhadap saspek mendapati saspek mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau dan satu kes dikehendaki serta positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan saspek direman selama tiga hari bermula semalam.

Dalam sidang media sama Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Abd. Rahim b. Jaafar turut memaklumkan hasil risikan dan maklumat pihak polis telah berjaya merampas pelbagai jenis T-Shirt di sebuah rumah di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan.

Pemeriksaan dijalankan mendapati T-Shirt tersebut mempunyai cetakan berunsurkan hasutan yang boleh menimbulkan provokasi.

Berikutan itu polis telah merakam percakapan seorang lelaki berumur 37 tahun untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan. Kes disiasat di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun polis masih melakukan siasatan lanjut.

Beliau menasihatkan kepada masyarakat di luar sana yang hendak menyertai sambutan malam tahun baru supaya tidak memakai baju-baju atau apa jua yang boleh menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan tercetusnya pergaduhan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah