Rabu, 4 Disember 2013

Terkini : @ustazkazim TOLAK perlantikan sebagai MT UMNO . #pau2013 @NajibRazak


Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dilaporkan telah menolak pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

‎Menurut laporan Utusan Online, beliau membuat pengumuman itu di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam sebuah program ceramah agama di Taman Ria, Sungai Petani di Kedah, malam tadi.

Ustaz Kazim dijangka akan mengumumkan secara rasmi melalui sidang akhbar hari ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat mengumumkanpelantikan sembilan anggota MT.

Pendakwah bebas terkenal itu bagaimanpun menjelaskan, beliau masihbelum membuat keputusanmuktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Menurutnya, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau turut mengambil keputusan untuk keluar daripada PAS kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah