Isnin, 2 Disember 2013

@UstazKazim Elias sudah dipecat !! @tv3malaysia #umno2013


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pendakwah bebas, Mohammad Kazim Elias telah dipecat dari parti itu sejak Mei lalu.

Kenyataan itu sekaligus menjelaskan kedudukan sebenar keahlian pendakwah popular itu yang didakwa masih lagi ahli PAS.

"Beliau telah dipecat oleh parti Mei lalu," katanya melalui sistem pesanan ringkas yang dipetik daripada laporan Sinar Harian.


Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar kelmarin bahawa Umno, yang melantik Mohammad Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak menyedari Mohammad Kazim merupakan ahli PAS sejak 1998.

“Dewan Pemuda PAS Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli PAS sejak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi di Tambun (Perak),” katanya.

Mohammad Kazim dikatakan tidak pernah mengisi borang keahlian Umno.


Fitnah itu lebih buruk daripada membunuh!
Jauhilah kamu daripada fitnah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah