Ahad, 30 Jun 2013

Tindakan tepat @cmlimguaneng ajak PAS 'Boikot' #PRKBesut . #BLACK505

 
Macam tudujan dan fitnah 'busuk' terhadap SPR dan kerajaan. Menyatakan kerajaan 'menipu' dalam PRU tetapi mereka nak pula menganggkat sumpah sebagai Ahli parlimen dan DUN. Pelikan..

Sepatutnya, kalau semua SPR tidak betul pada PRU13.. Sekali lagi peluang terhidang untuk pembangkang merealisasikan 'tuduhan' mereka dengang memboikot atau tidak perlu bertanding pada PRK Dun Besut.

Buat apa ludah di langit tapi kena muka sendiri atau menjilat semula ludah di lantai. Apa macam, pembangkang ada berani ke boikot PRK DUN BESUT?

cayalah..

Guan Eng Cadang PAS Boikot PRK DUN Kuala Besut

DAP akan mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Kulaijaya.

Beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.

Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'.

"Bagaiamanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka, kerana mereka mempunyai kata putus dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat komuniti di Taman Indahpura di sini pada Ahad.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mohktar,55, Rabu lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Mstar.

KK : ada bran ker....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 29 Jun 2013

Kelantan Juara #pialaFA2013 kalahkan #JDT . #finalFA @ASTROARENA


Gol jaringan dari Mohd Norfarhan pada minit ke-16 membawa Pasukan Kelantan menjuarai Piala FA mengatasi Johor Darul Takzim (JDT).



Sekali lagi Kelantan berjaya mengekalkan kejuaran Piala FA Malaysia untuk 2 tahun berturut-berturut. Di bawaj kendalian jurulatih Bojan Hodak, Kelantan berjaya meranapkan impian pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk bergelar kejuaraan pertama musim ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas !! Lambakan Video Nafsu Pelajar Sekolah di #Yotube.


Lambakan Video Nafsu Pelajar Sekolah Tindakan Harus diambil.

Bukan niat sama sekali untuk menafikan hak-hak pembelaan ke atas gadis bawah umur yang teraniya. Tetapi hakikat dan realiti sekarang ini, anak-anak gadis tidak seperti dulu. Kini, anak-anak gadis mudah terpengaruh, mudah terangsang, mudah menyerahkan maruahnya dan begitu kuat perasaan ingin mencuba, tetapi undang-undang yang sedia ada masih macam dahulu. Bukan niat untuk mempertikaikan, tetapi sekurang-kurang ada rombakan dan pemerhatian semula supaya ianya relevan dengan keadaan sekarang. Contohnya sekarang ini kita hari-hari disogokkan dengan gejala seks budak sekolah dengan pasangan masing-masing.


Cadangan ini bukan untuk mengenepikan apatah lagi tidak sama sekali berniat untuk melihat hukuman seperti ini diringankan terhadap pesalah tetapi memperincikan lagi hukuman kepada pihak yang patut dihukum. Kadang-kadang mereka sedap bersama dan dibuat dengan rela hati, tetapi hukuman hanya di sebelah pihak sahaja. Undang-undang hari ini menentukan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan gadis (18 tahun ke bawah) walaupun dengan kerelaan gadis tersebut, tetapi ia dikategorikan sebagai rogol. Si lelaki kena hukum di bawah peruntukan undang-undang yang sediada mungkin dipenjara atau disebat manakala si gadis terlepas dari hukuman. Perlu diingat, orang-orang tua pernah berkata :


"Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi"

Sekarang ini banyak kes rogol seperti yang didakwa bukannya kes rogol pun tetapi lebih kepada kes seks bawah umur (suka sama suka). Tetapi disebabkan takut perbuatan diketahui ibu bapa gadis tersebut, mulalah buat cerita kononnya dia telah diperkosa.  Sekarang ini dunia dah banyak berubah, persekitaran sekarang tidak seperti dulu. Dengan dunia tanpa sempadan, pusat-pusat hiburan yang bersepah di merata tempat, pengaruh rancangan yang dipaparkan di kaca televisyen merupakan antara penyumbang sehingga berlakunya lambakan seks bawah umur, seks budak sekolah . Budak-budak sekarang ini, sudah tidak kisah tentang halal haram. Yang penting…..SEDAP.

Pengkategorian ini dirasakan perlu dibuat kerana kebanyakan kes rogol ini melibatkan remaja. Memang ada kejadian rogol yang benar-benar berlaku namun gejala sosial di kalangan remaja sendiri menyebabkan ia meningkat. Banyak kejadian rogol yang melibatkan remaja adalah kerana kerelaan remaja itu sendiri yang membuka peluang insiden rogol itu berlaku. Antara kata lain, ia bukanlah rogol tetapi ZINA. Yang penting di sini adalah keadilan. Mengambil kira umur gadis seperti bawah 18 tahun yang dipelihara dan dijaga di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dilihat mungkin tidak releven lagi kerana banyak kejadian yang mengundang kejadian tersebut atas kehendak si gadis itu sendiri dan sebenarnya  remaja perempuan lebih cepat matang daripada usianya. Sudah boleh tahu mana yang baik, mana yang buruk. Kadang-kadang kes seks budak sekolah dilihat lebih advance daripada yang berumur. Contohnya, beberapa kes buat seks dengan pasangannya baru-baru ini :

KUANTAN: Seorang ibu tidak menyangka bunyi 'aneh' yang didengar di dalam bilik tidur anak gadisnya membongkar kejadian sebenar apabila menemui seorang lelaki separuh bogel sedang menyorok di belakang almari, di sebuah Felda di sini, baru-baru ini. Dalam kejadian jam 10 malam itu, ibu berusia 40 tahun terbabit secara kebetulan mahu ke bilik anaknya sebelum dia terdengar rengekan mencurigakan menyebabkan dia segera menghampiri pintu bilik anak gadisnya itu. Bagaimanapun, wanita itu meminta anaknya yang masih menuntut di tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini membuka pintu sebelum membuat pemeriksaan dalam bilik itu.

Wanita itu terkejut apabila menemui seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di sebalik almari pakaian bilik berkenaan.Terkejut dengan penemuan kelibat terbabit, wanita itu terus menjerit memanggil suaminya untuk meminta bantuan dalam usaha memberkas lelaki terbabit. Lelaki berusia 23 tahun dan bekerja sebagai buruh itu kemudian diberkas suami wanita itu sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian itu. Selepas disoal siasat, lelaki itu dipercayai merogol anak gadis wanita terbabit menyebabkan pelajar itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan. Lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, untuk siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
dan yang ini pula….

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang terlena selepas dipercayai melakukan seks budak sekolah berusia 14 tahun dalam bilik di rumah teman wanitanya itu, cedera dibelasah abang pasangannya, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 4 pagi di Gugusan Felda Jelai dekat sini, remaja lelaki itu dipukul selepas ditemui tidur lena dalam keadaan bogel dan berpelukan dengan pelajar itu.Pelajar berkenaan yang ditemani ahli keluarganya, kemudian membuat laporan polis sebelum remaja lelaki itu ditahan, kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.Menurut sumber, remaja lelaki terbabit memasuki bilik pelajar berkenaan melalui tingkap yang tidak dikunci, kira-kira jam 12 tengah malam selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi: "Kalau nak, datanglah seperti biasa ikut tingkap bilik."

Kalau nak banyak lagi bahan bacaan seperti ini boleh baca di Berita Harian Metro. Zaman dah berubah, dunia dah maju! Tapi perlu ke kita ikut perkara-perkara yang tak molek?? Tidak kira di zaman mana anda berada atau di mana bumi anda berpijak, adab dan tradisi yang dipupuk dibawa bersama. Salah satunya adalah pergaulan anak-anak gadis hari ini. Kadang-kadang dilihat mereka berani sangat melepak dengan lelaki-lelaki yang belum tentu diketahui tujuan sebenarnya. Yang lebih menyakitkan mata kalau mereka bergaul bebas, bertepuk tampar, menjerit-jerit, dan tergedik-gedik tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Lebih memalukan lagi kalau lelaki itu akhirnya tidak menjadi pasangan hidup mereka pun.

Sumber : cerita apakah?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










'Musang King' vs 'Raja Kunyit' yang mana pilihan dihati.

hee hee gambar hiasan

Durian yang menjadi bualan hangat sekarang ini ialah 'musangking'. 'Raja kunyit' tak kurang hebat juga menjadi pilihan hati penggemar 'raja' buah ini. 'Raja buah' menjadi buruan peminat durian di Malaysia ketika ini.

Apakah ciri -ciri durian 'musang king' dan 'Raja kunyit' ? Apa Cara untuk Kenal kedua-dua 'Raja buah' ini. Supaya kita tidak tertipu membeli durian biasa dengan harga 'musang king' atau 'raja kunyit'.

Apa-apa pun, kepada penjual Jujurlah ketika berurus niaga. Jangan cuba untuk menipu. Bagilah info sebenar. Penggemar atau kita sebagai pembeli, kalau tak pandai cuba tanya serta ajak mereka yang berpengalaman dan tahu ciri-ciri 'Raja buah' itu.

KK memang penggemar dan suka makan durian. Tapi bebera nak tahu juga ciri-ciri kedua 'raja buah' itu. KK tahu makan jer.... Heheh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#LahadDatu : Pencerobohan Sabah: Nombor dipintas dikata milik anak anggota @PDRMsia pemberi maklumat . @501Awani


Mahkamah diberitahu salah satu nombor yang dipintas dikenalpasti milik anak korporal Hassan Ali Basari yang dituduh menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu, ASP Ang Seow Aun, berkata maklumat berkenaan diperlukan bagi memperoleh maklumat keselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.

Ang yang merupakan pegawai penyiasat dalam kes itu memberi keterangan dalam perbicaraan ke atas Hassan.

Hassan dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat ketua cawangan khas, ibu pejabat polis daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani. http://t.co/v4CpnZ0TNb


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 28 Jun 2013

@cmlimguaneng kaki kencing !!! #DAPRASIS #BLACK505

"Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di George Town apabila tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang pada Jumaat.


Wartawan Utusan Tidak Dibenar Buat Liputan Majlis Angkat Sumpah Adun P.Pinang

GEORGE TOWN: Wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang di sini, Jumaat.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Firdaus berkata, pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.

"Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan," katanya kepada pemberita disini, Jumaat.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya membuat protessecara berseorangan dengan memegang kad bertulis "Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN.

Katanya, beliau berbuat demikian sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.

"Tetapi, kini telah masuk penggal baru untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baru dan usul yang lama telah tamat tempoh," katanya.

Speaker DUN yang baru, Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUNyang telah menguna pakai arahan lama.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan saya berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Katanya, beliau akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan. - BERNAMA

KK : Itu sikap sebenarnya chinabeng... Yang begitu rasis.. Tidak pernah jujur dan tulus dalam setiap apa jua tindakan.... Sedangkan apa yang mereka cakapkan hanyalah dusta...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jawatankuasa Fatwa Perlis Haramkan Shisha. @inspirasiislami #Fatwa @1malaysia

Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.

Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.

Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.

Dr Juanda turut menyelar pihak yang memperdagangkan amalan tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk mengaut keuntungan peribadi terutama menjelang Ramadan.

Menurutnya, ada pihak yang cuba mengutip wang kononnya untuk dana tertentu dengan menganjurkan majlis tahlil dan khatam al-Quran dengan memohon sumbangan daripada orang ramai.

Sambil menunjukkan contoh borang penyertaan program tahlil arwah dan khatam al-Quran anjuran sebuah badan tertentu, beliau berharap orang ramai tidak akan terpengaruh.

"Tidak salah bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi bukan meletakkan syarat dengan mengenakan bayaran," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat penganjur program seumpama itu dan meneliti ke mana wang yang dikumpulkan itu dibawa. BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kesian!!! KM Melaka yang tiada semangat 'TUAH' pahlawan Melayu #DAPRASIS. #BLACK505


Begitu Sukarnya orang yang bebangsa Melayu untuk meningkat naik dan maju kerana terlalu menjaga hati bangsa lain yang langsung tidak peduli apa jadi dengan melayu.

Kebelakangan ini, sering kali pemimpin yang namanya MELAYU begitu 'malu' atau dengan kata lain sering tunduk dengan desakan bangsa lain. Ahhhh !! Pendulikan 'protes' mereka itu. Mengapa harus tunduk dengan mereka..Apakah selama ini mereka menyokong orang-orang Melayu. Lihat sahajalah apa yang berlaku pada PRU13. Calon melayu tersungkur di Kawasan 'mereka' malahan sokongan dari kaum mereka terus hilang.

Pemimpin negara haruslah konsisten dengan arahan serta tindakan yang melibatkan pembangunan demi memajukan ekonomi Melayu.

Berikutan kenyataan ketua Menteri Melaka YB Idris Harun. KM Melaka yang menarik balik dan 'membetulkan' semula kenyataan awal bahawa Jonker Street ditutup.

Dalam kenyataan terbarunya, Ketua Menteri Melaka, Harun Idris berkata, isu penutupan sebahagian Jonker Street telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Bukan keseluruhan Jonker Street yang akan ditutup sebaliknya hanya melibatkan bahagian yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sahaja.

Kenapa kita perlu takut di atas untuk menegakkan HAK bangsa kita sendiri ?

Mengapa perlu tunduk dengan desakkan dari bangsa lain ?

Mengapa kita perlu menjaga hati orang lain sedangkan hati kita mereka tidak pernah jaga ?

Come on la... BN menang hari ini sebab ramai yang memikirkan bahawa masyarakat akan mengalami kesukaran hidup bila DAP dapat memerintah negara... Lihat sahaja peniaga melayu di Penang apa yang mereka dapat ? Ini Negara Malaysia la... Perlu ke kita tunduk kepada desakkan bangsa lain ke atas tanah air kita sendiri... Orang melayu berpecah belah kerana nak rebut jawatan dalam parti, nak berkuasa , nak berebut perempuan , nak berebut harta dan sebagainya... Bila dah ada kuasa pun masih nak tunduk kepada desakan oleh segelintir manusia yang tak sedar dek untung tu ...

Itu...lah yang berlaku di Pulau Pinang ? Dah pun terjadi di Melaka..sekarang kita tunggu pula kes roboh kuil.. Ada pak menteri yang dilantik dari NGO dah mula bersuara.. !!!

Apa dah jadi !! Dengan pemimpin kita.... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








'AYAH, BAGILAH BALIK TANGAN ITA !' @inspirasiislami


Ita....nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita. Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian.
Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya.

Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti. Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?" Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... ! Saya tak tahu Tuan". "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya. Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya. Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu.

Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah."Ita demam...". Jawab Narti ringkas. "Bagi minum panadol dulu" balas si ibu. Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu. Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi parah & sudah terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata... "Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan. "Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?" Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..Pengajaran daripada cerita: "Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...." jangan lupa tekan butang SHARE ye , moga2 semua sahabat2 dapat manfaat dari kisah ini jangan lupa juga luahkan perasaan anda berkaitan kisah yang anda baca ini 

( mesti baca & mesti SHARE !! sumber  : 
http://www.queachmad.com )

Khamis, 27 Jun 2013

Keadaan terkini !! Mantan MB Kedah Azizan Razak, #HanyaDiKedah.


Azizan dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik.

"Kesihatan Azizan telah beransur baik dengan rawatan namun beliau tidak dibenarkan 'discharge' (keluar) dalam tempoh yang terdekat," katanya.

Azizan, 73, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada awal Mei lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada 8 Mei dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya dua hari sebelum itu.

Azizan yang juga, Pesuruhjaya PAS Kedah terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berikutan kekalahan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN)dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Agong Lawat Azizan Kali Kedua DI HPP

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada Khamis menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Baginda diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus dan Exco Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin.

Tuanku Abdul Halim tiba di HPP pada 4.20 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad ICU itu.

Antara pemimpin yang telah melawat Azizan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak. - BERNAMA

KK : ermmm... Dalam senarai nama kat atas tu.. Tak der pulak cina DAP serta Kaki liwat!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











#CINARASIS : Undi DAP tapi bila susah BN pula yang dicari. @tonypua #BLACK505 #KL622

Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, 

Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya 
akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Menteri Melaka tak payah nak melayan nyalakan anjing-anjing rasis. Tutup jer. Jongker Wlak tu TIDAK LANGSUNG melabangkan budaya Malaysia atau Melaka. Nak tanyer, Melaka negeri cina ker? Pintu gerbang yang amat cinaan pun menyakitkan hati. Tutup dan buang pintu gerbang. Tak perlu kita membangga atau menonjolkan budaya kecinaan. Suruh anjing-anjing menyalak kat Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah banyak menjahanamkan perniagaan dan periuk nasi orang-orang melayu dan orang islam di sana. ABC !!!! {komen blog}

Kenapa tidak menyalak sewaktu kerajaan negeri Pulau Pinang menghalau peniaga melayu dan india serta menghalau penduduk berbangsa melayu dan india daripada tanah yang mereka duduki berkurun lamanya..sedangkan para peniaga cina dan penduduk cina dibiarkan berniaga dan kediaman tak pernah diusik...

Idris jelas kekeliruan Jonker Walk

Kerajaan negeri tidak pernah mengarahkan perniagaan di Jonker Walk di sini, ditutup bagi aktiviti penjualan pelbagai barangan cenderamata setiap hujung minggu.

Sebaliknya, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron (gambar) berkata, kerajaan negeri hanya membuat keputusan membuka semula jalan raya di sekitar Jonker Walk yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.

"Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup.

"Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal hari ini yang memetik dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan pasar Jonker Walk oleh kerajaan negeri Melaka merupakan 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kwong Wah Daily hari Isnin lalu pula memetik kenyataan Idris yang berkata, mesyuarat anggota Exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Mengulas lanjut, Idris berkata, keputusan membuka semula jalan raya yang ditutup itu kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan membuka jalan raya yang sebelum ini ditutup di Jonker Walk sebagai percubaan melihat sejauh mana keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang serius di sekitar Bandar Hilir. [utusan]



Semoga Allah SWT mendengar suara hati kita dan menjadikan Melayu itu lebih berwibawa dalam tempoh lima tahun mendatang. Jika tidak jadilah kita lemah dan amat di MURKAI AllahSWT selama-lama nya.

#PRK DUN KUALA BESUT tentukan hidup mati Barisan Nasional di Terangganu. #PRU13 #BLACK505


GAMBAR HIASAN

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan satu keputusan dan keadaan yang tergantung.
Sekiranya berlaku, DUN mungkin perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru.
Pada pilihan raya umum ke-13, BN kembali merampas kuasa membentuk kerajaan negeri dengan 17 kerusi negeri, lebih dua kerusi berbanding 15 yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar, pilihan raya kecil perlu diadakan dan pertempuran untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati untuk BN kerana PR sememangnya mahu merebut peluang untuk memerintah kerajaan.
Penganalisis politik Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sekiranya keputusan pilihan raya tidak memihak kepada BN, Terengganu akan ditinggalkan dengan DUN yang tergantung, dengan gabungan pakatan pembangkang yang masing-masing mempunyai 16 kerusi negeri.
"Jika ini berlaku, Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri.
"Jika mereka gagal, Sultan akan memberi peluang yang sama kepada Pakatan. Tetapi jika kedua-duanya gagal, Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan dan pusingan pilihan raya yang baru perlu diadakan bagi negeri ini.
"Dalam erti kata lain, pilihan raya Kuala Besut adalah sangat penting kerana ia akan menentukan nasib Terengganu," katanya.
Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Dr Rahman maraih 8,809 undi manakala Napisah Ismail (PAS) mendapt 6,375 untuk memenangi majoriti 2,434.
Terdapat 144 undi rosak dengan kawasan pilihan raya itu mempunyai 17,713 pengundi.
Prof Dr Mohamed yang merupakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata kedudukan DUN yang tergantung akan mengakibatkan krisis kerana parti yang satu lagi boleh mendakwa mereka mempunyai mandat untuk mentadbir negeri.
Beliau berkata, apa yang pasti PR meletakkan satu perjuangan yang baik dan BN perlu bersedia dengan lebih baik untuk mempertahankan kerusi itu.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Terengganu Datuk Razif Abdul Rahman berkata BN akan melakukan semua yang terdaya untuk mengelakkan DUN digantung.
"Kuala Besut diketahui adalah kubu kuat Umno, tetapi kita tidak akan mengambil ini sebagai perkara yang mudah.
"Keadaan Dewan Undangan Negeri yang tergantung akan menjadi satu tragedi, oleh itu kita mesti melakukan semua yang kita boleh untuk memastikan kemenangan yang meyakinkan," katanya ketika dihubungi.
Razif berkata calon yang dipilih untuk pilihan raya kecil itu adalah yang sama berkaliber seperti Dr Rahman.

SUMBER

Sosial : Pelajar Sekolah Berpeluk Dan Bermesra Di Dalam Kelas. #BeritaMalaysia


Gambar Ini dipaparkan untuk menunjukkan kepada orang ramai bagaiman budaya negatif sekolah masa kini. Walaupun pelajar ini ditegur mereka masih melakukannya.

Selain itu, segelintir itu juga memberontak sekiranya ditegur. Jadi ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh pihak pendidik. Ibu bapa juga seringkali menyalahkan pihak pendidik kerana menyalahkan anak mereka dan menyatakan anak mereka tak pernah macam tu di rumah.

Kes-kes macam ni sering berlaku pada waktu lepas sekolah apabila guru dan balik dan pelajar senjaga menggunakan alasan kelas tambahan untuk tinggal lebih lama di sekolah.

Sumber.


KK : Suatu barah yang semakin bernanah..jika tidak dibendung dari awal akan 'membunuh' ketemadunan kelak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 26 Jun 2013

#LahadDatu : Blogger @milosuam Didakwa Siar Kenyataan Menakutkan Orang Ramai Ketika Pencerobohan Askar Sulu


Blogger yang berpangkalan di Melaka 'Milosuam' didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana menyiarkan kenyataan bertujuan menyebabkan ketakutan orang ramai ketika pencerobohan askar Sulu.

Yusuf Al Siddique Suratman, 29, mengaku tidak bersalah terhadap penyiaran blog di bawah tajuk (Maklumat Sulit: Pendatang Asing Bakal Cetus Huru-Hara di Sabah) yang mana dia turut mendakwa 1,500 warga asing akan menyebabkan huru-hara di Sabah dengan menyiarkan dokumen yang didakwa oleh pihak polis.

Yusuf, didakwa pada Selasa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan rasa takut dan menghadapi maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Edward Paul menetapkan tarikh perbicaraan pada 22-23 Julai dan membebaskan Yusuf dengan ikat jamin RM15,000 dan seorang penjamin tempatan.

Dia juga telah diarahkan untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah didakwa di Kota Kinabalu kerana blog itu telah dibaca secara meluas di Sabah.

Peguam Yusuf Erveana Ansari berkata mereka telah memohon kepada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, Jamil telah membantah ikat jamin untuk Yusof atas alasan Yusuf adalah dari Semenanjung Malaysia tetapi Erveana berhujah bahawa tidak ada sebab untuk tertuduh melarikan diri dengan kesalahan kecil.

Beliau berkata bahawa Yusuf telah berkahwin pada 29 Jun dan sebagai bukan rakyat Sabah, dia perlu menghabiskan lebih banyak wang untuk perjalanan di sini.

Sumber : Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Pertama selepas #PRU13 : Adun Kuala Besut Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru. #BLACK505


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu.

Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru.

Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu.

Dr A. Rahman, 55, baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Dr A. Rahman dilahirkan 22 Mac 1958 di Kampung Pulau Perhentian, Besut dan merupakan pemegang ijazah kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau kemudian menyambung pelajaran ke Kolej Kesihatan Umum Universiti of Philippines di Manila dan dilantik menjadi exco kerajaan negeri sejak 2008.

Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak iaitu Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah.

Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.

sumber : mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kecoh !! Insiden pergaduhan pemain Perak dan Lions Xll FC #FAM @ASTROARENA @Khairykj


Semakin lama semakin 'goyah' sukan bola sepak di Malaysia, dari aksi diluar padang membabitkan penyokong sehinggalah di atas padang, termasuk pemain meluahkan rasa tidak puas hati.

FAM pulak, asyik menegakkan 'pendirian' mereka sahaja yang 'betul' siapa yang pasti menerima hukuman. Dari penyokong sehinggalah peringkat Menteri semua dah 'tegur' tapi sikap FAM macam itu jugak.

Terbaru, laporan bernama memetik Insiden pergaduhan antara pemain Perak dengan Lions Xll FC mencemarkan perlawanan Liga Super di Stadium Perak yang berlangsung malam Selasa. Pergaduhan berpunca kerana pemain Perak tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Sebelum itu, Isu penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA, yang mebabitkan penyokong Kelantan.

Berikut ialah keputusan perlawanan Liga Super yang berlangsung di beberapa venue pada Selasa.

T-Team 2 - 1 Negeri Sembilan

PKNS FC 1 - 2 Selangor

Angkatan Tentera 1 - 1 Terengganu

Kelantan 2 - 0 Pahang

Johor Darul Takzim FC 1 - 1 Felda United FC

Perak 1 - 1 Lions XII FC

KK : Masih tak berubah FAM.. Nak tunggu bola sepak Malaysia hilang dari kalendar sukan, baru nak sedar kot....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 25 Jun 2013

[Video] aksi nakal dan panas peserta terakam #Blackout505 #KL622




Wow aksi panas... yang terakam ketika black505 ini.. bikin panas jer.. apa tidaknya membuatkan penganut agama PR "klimaks".. Kesian aku tengok muka pencacai ni.. nagji tinggi-tinggi last-last jadi "barua" al-juburi jer.... aaaaaa gagap beb !! konon nak tunjuk hero beb'... salah tempat ler....



Di bawah seksyen 20, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta 736, pihak polis mempunyai kuasa menangkap tanpa waran penganjur dan peserta sesuatu perhimpunan sekiranya mereka tidak mematuhi sekatan dan syarat di bawah seksyen 15 (berkaitan tarikh, masa, tempoh, tempat, cara, kelakuan peserta, kebimbangan dan bantahan pihak berkepentingan, pembayaran kos pembersihan dan apa-apa kebimbangan yang dirasakan perlu oleh pegawai yang menjaga Daerah Polis), membawa senjata, atau merekrut atau membawa kanak-kanak.

Dalam kes penganjuran perhimpunan di hadapan pintu masuk Parlimen, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman, pihak polis juga boleh mengambil tindakan kepada penganjur kerana tidak memaklumkan tentang perhimpunan dan tidak mematuhi sekatan dalam seksyen 15. Untuk kedua-dua kesalahan, penganjur boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 bagi setiap kesalahan.

Apa lagi Peguam Negara, pastikan kes ini dibawa ke mahkamah dan pesalah dihukum sewajarnya. Menteri yang jaga undang-undang tolong pastikan undang-undang terlaksana bukan seperti sebelum-sebelum ini sehingga menyebabkan kerajaan dianggap lemah dan tidak adil kerana gagal menguat kuasakan undang-undang secara berkesan dan gagal mendakwa pihak yang melanggar undang-undang. -SumbeR

Syura adalah juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua ? @MasterChefMY #masterchefMY #masterchef


walaupun dekat luar dah heboh yang Syura adalah juara MasterChef Musim ini. Apa kata malam ni kita duduk depan TV buka siaran astro RIA tengok cara Syura dan Celina memasak, tak kisah siapa yang menang yang penting dua-duanya memang hebat memasak, jangan lupa malam ni jam 9.00 malam di astro RIA. Antara dua selebriti yang berbakat dalam bidang masakan ini, agak-agak siapa yang akan berjaya mendapat gelaran MasterChef Selebriti Musim Kedua?, 

1016103_575851229131708_82178945_n


Jangan Musnahkan Negara - Agong #BLACK505 #KL622 @PDRMsia

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan wakil rakyat supaya sentiasa memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan serta tidak melakukan perbuatan yang boleh merosakkan negara.

Menurut Seri Paduka, sebuah negara yang musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat dibangunkan semula dalam tempoh yang singkat.

"Beta ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai ahli Dewan yang mulia ini agar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

"Janganlah berbuat sesuatu perkara yang boleh memusnahkan negara.

"Beta menyeru semua Ahli Yang Berhormat supaya merapatkan saf, berganding bahu membangun dan memajukan negara," titah baginda ketika pembukaan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Selain itu Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersoalkan kedudukan serta menyelewengkan agama Islam untuk kepentingan mana-mana pihak.

"Beta menyeru agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan," titah baginda.

Menerusi ucapan baginda juga, Tuanku Abdul Halim sekali lagi menyeru rakyat di negara ini supaya menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diadakan mengikut lunas demokrasi.

Selain itu Seri Paduka menyeru semua pihak supaya bekerjasama dan berganding bahu bagi membolehkan negara melangkah ke depan untuk mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sambil mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Dewan Rakyat, Seri Paduka turut menyeru semua wakil rakyat supaya berkhidmat dengan penuh dedikasi, berintegriti dan sentiasa menunjukkan akhlak yang terpuji demi agama, maruah diri dan institusi Parlimen.

"Sematkanlah dalam sanubari bahawa kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat ke Dewan ini adalah satu tanggungjawab bagi menunaikan janji kepada rakyat.

"Semua Ahli Yang Berhormat hendaklah bersama-sama memikul amanah rakyat yang inginkan kestabilan dan kemakmuran negara berkekalan, kesejahteraan hidup terus meningkat serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama kian utuh," titah baginda.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gadis di aniaya ? ketegasan @PDRMsia di pertikai #Blackout505 #KL622



ermmm... simpati dengan nasib nasib gadis ini, yang mengalami truma yang amat dasyat apabila minda diperkosa oleh pemimpin pembangkang... dia tak sedar dan tak tahu menilai apa yang berlaku sekarang ini. ?


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, beberapa orang anggotanya cedera dalam pertembungan dengan kumpulan peserta perhimpunan berhampiran bangunan Parlimen semalam.

Mohmad bekata, kejadian itu antara lainnya mengakibatkan seorang pegawai kanan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul mengalami kecederaan di mata kanan dan hidung.


Seorang anggota polis IPD Dang Wangi terseliuh ibu jari tangan kiri dan patah gigi hadapan, katanya lagi.

"Peserta perhimpunan juga telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Tambahnya, seramai 29 orang lelaki dan tiga wanita ditahan perempuan termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim ditahan dalam kejadian tersebut.

Suasana perhimpunan berkenaan bertukar tegang pada kira-kira jam 11.10 pagi apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Kumpulan tersebut terdiri dari kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok dan disertai serami kira-kira 150 orang lagi yang seterusnya mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi. http://www.utaranews.com/

Lagi gambar-gambar pendemo di hadapan Parlimen. 



Isnin, 24 Jun 2013

Selebriti "cun" jadi tumpuan lenser kamera di Himpunan #Blackout505 #KL622


Cun !! kan awek ni.. kalau korang nak kena la.. sokong PR ler.. jom lagi bergelak lagi dengan aksi kat bawah ni... layan jer...














"Ini Kalilah, Berubah" - Pandikar #Parlimen2013 #Black505

Apa cerita ni sebenarnya? Keputusan menunjukkan Tan Sri Pandikar Amin menag sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat dengan undi sebanyak 133 manakala Datuk Kadir yang menjadi pilihan pembangkang dapat 89 undi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyeru semua Ahli Dewan Rakyat supaya berubah dan melakukan transformasi dalam usaha memartabatkan Parlimen Malaysia.

Menerusi ucapannya selepas dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13, Pandikar Amin mencuri tumpuan persidangan apabila melaungkan beberapa slogan yang dipopularkan kerajaan dan pakatan pembangkang.

Katanya slogan seperti 'ubah', 'transformasi', 'reformasi' dan 'ini kalilah' yang dilaungkan pemimpin politik dan rakyat perlu dilihat dari sudut positif untuk kebaikan semua pihak.
"Bagi mereka yang mempopularkan seruan ini mungkin mempunyai pengertian tersendiri, akan tetapi seruan-seruan ini bermesej iaitu menyeru mengubah sikap untuk membuat kebaikan.

"Ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi...kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah.
"Ini kalilah...kita julang memartabatkan Parlimen Malaysia ke tahap yang tinggi dengan menunjukkan sikap yang baik," katanya sambil disambut tepukan ahli Dewan Rakyat.

mstar

KK : Kalau disimpan lebih lama si Al-Juburi ni..nampak akan hancurlah se3buah negara yang bernama Malaysia. 

Wahai "beruk-beruk #Black505 " sekalian bapa Beruk dah angkat sumpah la... @anwaribrahim


Ini ikrar yang baru disebut Anwar pada pukul 11:50 pagi 

Saya Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar  kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan. sumber 
http://theunspinners.blogspot.com

Sedarlah wahai... anak beruk-beruk !!!! anada dak kena main.. APA yang sebenarnya anda perjuangan... SPR penipu tetapi bagaimana si bapa beruk boleh angkat sumpah !!!


Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah