Rabu, 31 Julai 2013

Tahniah !! Cadangan Perkenal Semula #ISA Perlu Pandangan Semua Pihak - Shafie. @Zahid_Hamidi @PDRMsia #rakyatnews


Kini semakin ramai berani mencabar kewibawaan kedaulatan serta keharmonian perpaduan kaum di negara setelah Akta Darurat dan ISA dimansuhkan.

Menurut Sumber bernama, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya, cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara kementerian dengan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di Putrajaya, Rabu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. Lapor benama.

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan terdapat segelintir generasi muda semakin berani mencabar undang-undang kerajaan. Cadangan untuk men'wujud'kan ISA amatlah diharapkan.

KK : Terbaiklah... Jika ISA di wujudkan semula.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar !! Lagi Kejadian Pembunuhan Melibat Tembakan di Parit Buntar, Perak. @PDRMsia #rakyatnews #1Malaysia


Mangsa Tembakan terbaru, Belum reda dengan kes yang berlaku sebelum ini membabitkan senjata api.

31 Julai - Seorang pemandu van kilang ditemui mati selepas terkena tiga das tembakan di persimpangan Jalan Permai Utama di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, N. Jeevandran, 26, maut di tempat kejadian ekoran mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan pinggang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata, ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah kakaknya di kawasan perumahan berhampiran.

- UTUSAN ONLINE

KK: Harapan harap kerajaan memandang serius dan mengambil langkah bagi membendung palakuan jenayah ini. Agar genari akan tak perlu kesekolah 'PAKAI BAJU KALIS PELURU'.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@MukhrizMahathir di serang berhubung isu komunis 'The New Village' . #rakyatnews #TandaPutera #HanyaDikedah



Sebuah filem berjudul The New Village menjadi bahan perbualan oleh beberapa pihak yang mempersoalkan mengenai isi kandungan filem arahan Wong Kew-Lit ini.

Filem cuba mengangkat Komunis sebagai pejuang. Kita tida menerima komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara kerana asas perjuangan mereka bukan untuk kemerdekaan atau mempertahankan anak watan Tanah Melayu daripada British atau mana-mana penjajah.PKM ditubuhkan untuk menyebarkan ideologi komunis, membentuk negara komunis di Tanah Melayu dan menjaga kepentingan kaum Cina.


Ketika ditemubual oleh Bernama, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sependapat dengan pelbagai pihak bahawa filem 'The New Village' tidak wajar ditayangkan jika ia mengagung-agungkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Filem itu perlu disekat dan ditentang, sebaliknya filem seperti Tanda Putera, yang merupakan sejarah sebenar, patut dipertontonkan, katanya.

"Filem ini (Tanda Putera) perlu dihayati, khususnya dalam kalangan golongan muda, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan tanah air," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Kem Lapangan Terbang, dekat sini, malam Selasa.
Mengenai sambutan Hari Pahlawan hari ini, Mukhriz berharap agar rakyat mengenang dan menghargai pengorbanan serta khidmat bakti anggota keselamatan yang berperanan sebagai benteng pertahanan, menjaga keamanan serta kedaulatan tanah air.

"Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, menyedarkan kita bahawa keamanan yang dikecapi sejak sekian lama tidak boleh dipandang enteng, diambil mudah. Mujur kita mempunyai pasukan keselamatan yang cekap, bersemangat waja, sentiasa bersedia untuk berdepan dengan musuh tanpa rasa gentar dan sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir," katanya.

Beliau berkata walaupun ada suara-suara sumbang yang memperlekeh perjuangan anggota keselamatan di Lahad Datu, baginya itu hanya suara golongan yang tidak tahu bersyukur dan tidak pandai berterima kasih.
"Rakyat amat terhutang budi dan menyanjungi jasa dan pengorbanan anggota tentera dan bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih atas khidmat wira-wira kita," katanya.

Satu lagi faktar sejara yang dipesongkan oleh pembikin filem tersebut

Mukhriz berkata kemerdekaan negara, walaupun dikatakan dicapai tanpa pertumpahan darah, namun liku-liku perjuangan ke arah kebebasan dan mempertahankan kemerdekaan, menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

"Ketika rakyat tidur lena, anggota keselamatan bersengkang mata mempertaruhkan nyawa, tidak tahu bila bom akan meledak atau bila peluru akan menembusi dada, malamat mereka hanya untuk mempertahankan tanah air.

"Walaupun negara terhindar daripada peperangan, negara terbukti aman dan tenteram, namun peranan tentera tidak boleh dipandang ringan. Komitmen mereka perlu bukan sahaja untuk mengawasi sempadan negara atau menentang musuh dalam peperangan bahkan dalam menentukan negara selamat daripada anasir-anasir yang mengancam ketenteraman rakyat dan kestabilan negara," katanya.


Seramai 33 anak-anak yatim dan 37 balu, anggota hilang upaya dan warga emas bekas tentera adalah penerima sumbangan Aidilfitri itu. 

KK : Yang pasti, Pembikin Filem tersebut cuba membangkitkan semangat kaum cina serta cuba mengangkat martabat komunis amnya dan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya ke tahap yang cukup tinggi.

DI KEHENDAKI POLIS kerana telibat KES BUNUH Pengasas AM BANK. @PDRMsia #rakyatnews #1Malaysia

Sei Ngan Chai

Polis telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di bandar.

Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek.

Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, yang memandu kenderaan tersebut untuk suspek.

Pada Selasa, polis berjaya mendapatkan gambar suspek dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon dan Tokong Kuan Yin.

Pada petang Isnin, Hussain Najadi sedang berjalan ke arah kereta dengan isterinya di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah di tokong berkenaan.

Seorang lelaki kemudiannya datang dari arah belakangnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, rakyat Malaysia, Cheong Mei Kuen, 49, cedera di bahagian lengan.

Lelaki itu kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya.





Panas !! Ahli bina badan pakai scaf (Hijab) ganti seluar dalam. @inspirasiislami #rakyatnews #HinaIslam

Masyaallah apa yang berlaku sebanrnya ni... Kalau kejohanan badan cantik tunjuk badan sahaja cukuplah yang peraga scaf sebagai hijab dibahagian sulit tu kenapa? Pelik betul perangai orang Kelantan ni.



DEWAN PEMUDA PAS KATA TERSIRAT BERMAKSUD KERAJAAN ISLAM KELANTAN BODOH BAHLOL & BUTA AGAMA...WAUW GAMBAR EXCO DAN GAMBAR MURSYIDUL AM POLITIKUS ADA JUGA KAT BARNER?

Ok here is another beauty pageant. The banner says it all "Kejohanan Badan Cantik - Mr Kelantan 2011".

So how come these guys have not been arrested? They are obviously prancing around the stage in their cawat. Dulu Haji Hadi kata orang Dayak di Sarawak masih pakai cawat. Rupanya di Kelantan keturunan orang utan ini lagi teruk. Nampak "aurat" lah. Lepas tu tunjuk-tunjuk lagi. Tak rosak akidah ke? 

Apa pasal tak tangkap dia orang? Hipokrit ke? Al munafiqoona wal kaadziboon.



Pemuda PAS: Haram juga lelaki sertai bina badan.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta agar pihak berkuasa majlis agama Islam turut bertindak ke atas golongan lelaki yang menyertai pertandingan bina badan.

Ketua penerangannya, Yusapiza Yaacob berkata, tindakan berkenaan perlu diperluas agar meliputi pertandingan bina badan kerana ia turut melibatkan aurat lelaki untuk pertandingan.

"Pertandingan bina badan tidak jauh bezanya dengan pertandingan ratu cantik ini. Kedua-duanya memakai pakaian yang jelas membuka aurat dan ditayangkan di khalayak ramai. 

"Pertandingan bina badan mengenakan syarat hanya memakai seluar dalam sahaja untuk bertanding. Apakah berlakunya kes pilih kasih dalam kedua-dua pertandingan ini?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berpendapat, Islam tidak melarang penganutnya menyertai pertandingan selagi ia menepati syarak.

Oleh yang demikian, majlis agama dan mufti perlu tegas dan tidak prejudis dalam melaksanakan tuntutan syariat, kata Yusapiza.

"Sekiranya tidak diatasi dengan bijak,  DPPWP percaya, kelak berlaku lagi polemik pertandingan ratu cantik ini sepertimana selepas tahun 1997," katanya.


Kenyataan itu timbul susulan siasatan oleh Jabatan Agam Islam Wilayah Persekutuan ke atas empat orang wanita peserta Miss Malaysia World 2013 yang didakwa mempertikaikan keputusan fatwa berhubung penyertaan pertandingan tersebut.

Empat jelitawan berkenaan menghadapi hukuman denda tidak melebihi 3,000 atau penjara oleh Mahkamah Syariah, selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. http://www.malaysiakini.com/news/237171


#SYIAH Bergerak aktif di wilayah selatan Thailand. di dalangi Pemimpin Politik ? @inspirasiislami #rakyatnews

Puak Rafidhah (Syiah) Jadikan Selatan Thailand Sebagai Markas Penyebaran Agama Mereka.



Kegagalan mewujudkan sebuah kompleks penyebaran dan pendidikan Rafidhah di Gombak, ternyata tidak mematahkan semangat musuh Allah Taala dan Rasul-Nya itu. Sebaliknya mereka yang cukup licik menipu, memperdaya dan menyelewengkan akidah umat Islam menerusi pengakuan bahawa mereka adalah pencinta Ahlul Bait walhal merekalah sebenarnya yang jadi pembunuh, berusaha mencari tapak lain yang lebih bebas dan tidak terkongkong dengan undang-undang Malaysia.

dn_02.1

Undang-undang Malaysia tidak membenarkan fahaman Syiah dikembang-biakkan mahupun dianuti kerana menyalahi mazhab Sunnah Wal Jamaah.

Seringkali kalau berhadapan, puak  Syiah akan cuba menunjukkan kejantanan dengan bertanya, adakah Syiah sesat?

Sememangnya, kesesatan itu hak Allah Taala. Tiada sesiapa yang boleh menyatakan orang lain sesat melainkan telah nyata kesesatannya, tetapi kaedah dan amalan yang menjadi darah daging Syiah sememangnya adalah untuk menyesatkan umat Islam daripada jalan kebenaran dan meletakkan diri ke kancah neraka.

Undang-undang di Malaysia tegas menghalang Syiah daripada berkembang biak secara terang-terangan. Walaupun ada kalangan puak Syiah yang tidak lagi berselubung dan berselimut dengan taqiyyah mereka, mendesak agar Malaysia mengiktiraf fahaman sesat lagi menyesatkan itu, namun sehingga setakat ini, pihak berkuasa masih tegas mempertahankan keputusan dan peraturan yang telah dibuat berdekad-dekad lalu.

Syiah sebenarnya tidak boleh diberi ruang walaupun seinci. Namun, berbanding UMNO, Syiah sebenarnya lebih tertarik dan mudah menyusup masuk ke dalam PAS. Apatah lagi di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri, taqiyyah juga merupakan pakaian mereka semenjak dahulu kala. Penipuan, pembohongan dan pemerdayaan terutama sekali yang membabitkan ayat-ayat al Quran sudah terlalu lama berlaku sehinggakan pada suatu ketika, para pemimpin PAS tanpa ragu-ragu mengamalkan budaya takfir terutama terhadap pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

Sudah tentulah gelagat dan tindakan itu amat kena dengan kehendak Syiah.Dan sekarang, apabila diberitakan bahawa PAS diserapi dan menjadi sarang puak Syiah, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan tegas menolak kenyataan tersebut. Bahkan dengan bangga memberitahu, PAS akan memecat mana-mana ahli yang mengamalkan mazhab Syiah.

Temberang yang dilakukan oleh Tuan Ibrahim ibarat menepuk air ke muka sendiri. Bagaimana seorang Ketua Penerangan tidak boleh tahu tentang ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang berfahaman Syiah sedangkan buktinya begitu jelas dan nyata?

Barangkali kerana itulah, Syiah mengambil keputusan untuk ‘keluar’ dari Malaysia dan bersarang di selatan Thailand iaitu di Wilayah Satun. Dengan menggunakan modal sebanyak RM24 juta, Syiah sedang merancang untuk membina pusat pendidikan serta penyebaran Syiah di seluruh Semenanjung.

Wang yang nilainya begitu besar, dilihat mampu menarik perhatian umat Islam di Satun dan wilayah selatan Thailand yang sekarang ini sedang berhadapan dengan pergolakan politik dan pertumpahan darah.

Syiah memang bijak mengambil kesempatan. Asal ada peluang, mereka pasti akan menyusup. Selama berabad-abad, Syiah telah meracuni pemikiran dan kefahaman agama Islam. Selama berdekad-dekad juga, Sirah Nabawiyyah telah dipalsukan untuk memberikan cerminan negatif kepada Junjungan Mulia s.a.w sehinggakan hampir semua orang percaya bahawa Nabi s.a.w mengahwini Syaidatina Aisyah r.a, pada usia Ummul Mukiminin itu baru menginjak 6 tahun. Kisah-kisah palsu oleh Abu Ishak telah diterima secara terbuka oleh umat Islam sebagai sejarah Nabi.

Bahkan terlalu ramai yang mempercayai bahawa Syaidina Hussin r.a telah dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala sedangkan catatan sejarah yang sama juga membuktikan bahawa Syaidina Hussin r.a telah dibunuh oleh kaum Syiah di Karbala sehingga kepala cucunda Rasulullah s.a.w itu dipenggal.

Bayangkanlah apabila puak Syiah mempunyai markas terbesar di Asia Tenggara di Satun… bayangkanlah kemusnahan yang bakal mereka lakukan, terutama apabila mereka mula terbabit secara langsung dengan pertumpahan darah di selatan Thailand dengan alasan, kononnya membantu umat Islam, padahal secara hakikatnya, Syiah tidak pernah membantu umat Islam, bahkan mereka membantu Zionis dan Yahudi untuk membunuh umat Islam sepertimana yang berlaku di Syria dan beberapa negara Timur Tengah yang lain.

By 

Selasa, 30 Julai 2013

[VIDEO] Bangsat !! 1 hari di hari Raya bersama anjing. #HinaIslam @PDRMsia @inspirasiislami #rakyatnews


Kejadian menghina Islam semakin menjadi-jadi dan semuanya seperti tersusun satu persatu selepas Alvin dan Vivian timbul pula perkara ini.

Kes menghina agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi dan ia seperti tersusun dan dari satu episod ke satu episod umpama penghinaan bersiri.

Kali ini video kontroversi seorang lelaki meraikan Aidilftiri bersama tiga ekor anjing dengan berlatarbelakangkan audio Takbir Raya. Kat sini :- 



Ia dikongsikan kepada saya oleh melalui mesej di Facebook oleh Kaz Kazukage juga seorang pengamal media sosial.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya kepada Bernama.

Apa-apapun tindakan paling 'kejam' harus dilaksanakan agar 'dajal' yang merosakan pepaduan kaum di Malaysia menerima pengajaran yang paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah hidupnya.

KK : 'biarkan sejarah hitam' menghantui pelaku dalam video ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Joseph Maary Tunjuk Isyarat Apa tu ? @PDRMsia #rakyatnews


Isteri tahanan lokap N. Dharmenderan yang mati dibunuh, Joseph Maary (kiri) kelihatan berang terhadap tertuduh Inspektor S Hare Krishan yang didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, Selasa atas tuduhan membunuh Dhamendran pada 21 Mei lalu.

Sebelum ini, polis menjejaki Hare Krishnan selepas gagal hadir bertugas sejak 15 Jun bagi mendapatkan kenyataannya berhubung kematian Dhamendran di lokap Cawangan D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Pada Isnin, pegawai polis itu menyerah diri di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama peguamnya selepas dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Dharmendran. Tiga lagi anggota polis yang terbabit dalam kes itu didakwa di Mahkamah Majistret bulan lalu.

Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HinaIslam: Kalimah syahadah pada Risalah iklan Courts Mammoth dicetak terbalik. @inspirasiislami #rakyatnews


Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di sini, sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu. cerita ni berlaku kat Kuantan

Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.

Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.

"Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.

"Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan," katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.

Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.

"Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah," katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.

"Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.

"Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW," katanya.


Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 29 Julai 2013

Jangan nak' bermimpi "Miss Word" di tunjukan jalan keluar. @inspirasiislami #rakyatnews #HinaIslam


Jika sebelum, Peserta beragama Islam yang tetap berkeras bertanding merebut gelaran 'Miss World Malaysia 2013.'Sara Amelia Bernard salah seorang peserta, mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali telah memaklumkan kepada penganjur Miss Malaysia World, Datuk Anna Lim bahawa empat finalis yang beragama Islam tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik susulan daripada kajian semula terhadap fatwa yang berkaitan dengan agama Islam berdasarkan undang-undang.

Menurut Lim, Che Mat telah memanggil beliau untuk memperjelaskan mengenai undang-undang mengikut fatwa yang telah dikuatkuasakan dan sudah pun dilaksanakan. Maka tiada apa perubahan yang dilakukan.

"Keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih," kata Lim.

"Peserta-peserta lain gembira dan ceria. Mereka sudah pun memulakan program Miss Malaysia World," tambahnya.

"Sedih bila mendapat tahu bahawa keempat-empat mereka tidak dapat menyertai pertandingan ini. Mereka cantik dan mempunyai banyak ciri yang berpotensi. Mereka mempunyai peluang untuk menjadi duta bagi negara kita," kata Lim.

"Saya berharap mereka dapat mempertimbangkannya semula sekiranya terdapat kemungkinan terdapat sebarang perkara yang boleh dilakukan," kata Lim.

Lim berkata, finalis yang digugurkan daripada program Miss Malaysia World itu bagaimanapun dijemput sebagai tetamu bagi acara berkenaan.

KK : cuma nak sarankan jer... Jangan nak ambil 'port' plak Dato' kalau dah cantik banyak lagi kerja dan aktiviti yang boleh dilaakukan bukan setakat sertai miss word tu jer... Banyak lagi peluang pekerkaan. Gunakan anugerah kecantikan yang dikurniakan tu..agar tidak melanggar garis panduan sebagai seorang muslim.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi Kes Tembak : "Malaysia sudah hendak jadi macam selatan Thailand " #rakyatnews


Inilah nilai harga yang perlu dibayar, apabila kerajaan memasuhkan ISA dan akta Hasutan salah satu punca berlakunya jenayah berat. Akta yang sepatutnya menghalang pebuatan jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara dan orang awam.

Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta.

Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin

Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.

Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.

Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.

Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group.

Walaupun kedua-dua akta terserbut telah digantikan serta penambahbaikan dilakukan namun penguatkuasaan serta masih lagi lemah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menjijikan !! Pasangan GAY mohon restu di #fb @inspirasiislami #rakyatnews


Inilah remaja melayu yang berani meminta izin di facebook agar hubungan sejenis yang jijik mereka di restui oleh masyarakat mungkin mereka tidak tahu jika undang-undang islam dilaksanakan jika mereka di tangkap melakukan sex ala gay diorang maka hukumnya dibunuh kedua-dua sekali.

Tidak hairan mengapa pasangan ini berani 'meraung' di laman sosial dan mendedahkan hubungan mereka. Kerana di Malaysia ada seorang 'Mr Mansuh' ataupun dikenali juga dengan al-juburi. Kenyataan-kenyataan media yang dibuatnya seperti ketika disoal wartawa di luar negara disini .Kita tidak boleh menganggap undang-undang Kuno itu sebagai relevan. Kita harus mengkajinya semula. Antara kata-kata yang diluahkan Anwar dalam ucapannya. Jika diperhatikan dalam video tersebut.

Walaupun samar-samar sudah cukup untuk membuktikan bahawa Anwar adalah seorang tokoh LGBT dan sememangnya seorang biseksual dan homoseksual.

Janganlah kita hendak menyokong mereka yang homoseksual (gay) ini. Walaupun nafsu serta keinginan mereka begitu. Tetapi ia berdosa besar.

KK : Kembali ke jalan yang benar.... Jangan diikut nafsu sonsangtu...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#ramadhan : "Warkah Sadis Guru Besar SK Seri Pristana" . Pemfitnah tetap dimaafkan. #rakyatnews #demirakyat

Mohamad Nasir Mohd Noor

Maksudnya : 

Daripada Abu Hurairah RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :” 7 golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT pada hari tiada naungan melainkan di bawah naunganNYA, Iman yang adil, pemuda yang hidupnya di dalam ibadah…” 

(Riwayat Imam Bukhari) 
Memaafkan dan ihsan terhadap perbuatan keji orang lain terhadap kita. Para pemimpin biasanya terdedah kepada pelbagai kecaman dengan beraneka ragam manusia. Selalunya gangguan dan serangan ditujukan kepada orang yang dipimpin melalui diri pemimpin. Jadi, wajiblah pemimpin menghiasi dirinya dengan sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan asalkan tidak membawa kepada kerendahan, kehinaan ataupun kerosakan yang menimpa maslahat syariat. 


Klik disini : Gempar #ramadhan: Pelajar Makan dalam 'Tandas' Gambar tersebut pertama kali dimuatnaik di Facebook oleh Guneswari Kelly, ibu kepada salah seorang murid dan kemudiannya disensasikan oleh blog.

WARKAH DARIPADA GURU BESAR SK SERI PRISTANA : 

En Mohamad Nasir b. Mohd Noor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan fb semua..

Terlebih dahulu saya rakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada kalian yang menyokong serta menyuntik semangat dan azimat dalam isu terhangat kini kononnya saya telah memaksa murid-murid bukan islam makan di dalam tandas semasa bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tiada siapa pun dapat menghalang lidah-lidah manusia menghamburkan kata-kata di laman-laman fb dan twitter bagi menghentam dan mengutuk saya semahunya berhubung isu dan kemelut tersebut.

Setelah beberapa ketika saya menyepikan diri bagi mengubati hati yang terhiris luka angkara fitnah dan tomahan yang melanda akhirnya saya terpaksa keluar dari kepompong dan persembunyian bagi menghargai perjuangan murni rakan-rakan fb yang telah menghidupkan semangat saya setelah mati seketika.

Tetiba saya dikejutkan oleh kelahiran Laman Kami Menyokong Encik Mohamad Nasir b. Mohd Noor : Headmaster of SK Seri Pristana di dunia maya oleh kumpulan yang amat prihatin terhadap kemelut dan dilema dihadapi."Rohku bagaikan kembali kepada jasadnya". (TERIMA KASIH KEPADA PENGENDALI LAMAN INI)

Kepada pelayar-pelayar fb yang menghentam dan mengutuk habis-habisan, anda semua tetap dimaafkan kerana anda semua tidak pernah pun berada di lokasi ini(SK Seri Pristana) untuk melihat dgn mata kepala anda sendiri apalagi untuk membuktikan situasi dan kronologi yg berlaku sehingga kini.

Anda mungkin mendapat info yang tidak tepat, mengelirukan dan salah sama sekali.Barangkali info yang diberi oleh orang yang menyebarkannya adalah dari sumber yang salah atau orang yang berkepentingan diri.Sandainya lidah-lidah yg menghentam dan memfitnah tidak mahu berhenti sampai bila-bila sekalipun(hembusan nafas yang terakhir) fikirlah sehabis baik...................

(i)Pastikah anda mempunyai kesempatan untuk memohon maaf kepada 1350 orang murid-murid beragama islam di SK Seri Pristana?

(ii)Pastikah anda boleh berjumpa dan memohon maaf kepada 80 orang warga pendidik di SK Seri Pristana sebelum anda menghembus nafas terakhir?

(iii)Bolehkan anda memohon maaf ibu-bapa dan penjaga murid-murid SK Seri Pristana atas keterlanjuran dan mengaibkan maruah ibu-bapa dan penjaga yang menghantar anak di sekolah ini?

(iv)Anda semua tidak perlu menemui saya untuk memohon maaf.Saya sudah maafkan anda semua.

Kepada isteri dan anak-anakku. Ku Najiha Ku Jaafar, Syahril Da Rocha(Melbourne), Mohd Syukrinazren(Cyberjaya), Farah Asyikin(London), Suhaimi Nasir(Egypt), Faziera Diana(Jordan) dan Farina Alisya. Bersabarlah menghadapi dugaan dan sesamalah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar ditunjukkan kebenaran.

Saya memohon maaf jika kandungan warkah dan peringatan saya di atas menyebabkan perasaan anda terhiris serta terguris. Semoga ALLAH SWT memberi keampunan dan berkat sempena bulan Ramadhan yg mulia ini.Mudah-mudahan kita jugak akan mendapat syafaat junjungan Nabi Muhammad SAW.Sekian wabilahitaufik wal hidayah wa'assalamualaikum w.b.t......................

KK : Menjadi seorang Pemimpin harus bijaksana dan tidak pilih kasih serta tidak mudah percaya dengan lingkungannya dan harus mempunyai prinsip ke Imanan yang kuat.

Ahad, 28 Julai 2013

Gempar !! FINAS "egen" KOMUNIS Tahniah Kerajaan #1Malaysia @NAJIBRAZAK @MUHYIDDINYASSIN @ZAHID_HAMIDI




Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya. 

Trailer filem yang wajib dibatalkan :



Bukan sahaja Astro Shaw tidak sensitif tetapi produksi filem itu juga sangat meragukan.Namanya ialah Yellow Movie Sdn Bhd. Baca seterusnya kat sini

 filem komunis

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam Negara kita  mulai 23 Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula tersebar sejak minggu ini.

Astro Shaw  jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya mereka merupakan penyokong tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak yang terlibat harus menbuka mata dan telinga mereka agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu menggugat keselamatan Negara.

 
Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan wajib mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda Putera telah ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu yang berterusan cuba menukar sejarah perjuangan Negara kepada pro komunis.

Filem Tanda Putera  mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 telah  tiga kali ditunda. Alasan konon tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu amat mengecewakan kami rakyat Malaysia yang amat berbangga dengan sejarah Negara yang telah dipaparkan dalam filem Tanda Putera.

Sesungguhnya pihak pembangkang harus menerima hakikat kebenaran sejarah perjuangan UMNO dalam merealisasikan keamanan Negara. Begitu juga hakikat komunis merupakan anasir subversif yang telah menghuru harakan Negara dan membunuh ramai rakyat Negara kita dan membawa banyak penderitaan terhadap rakyat.  Kekejaman komunis masih menghantui dan terus menjadi igauan ngeri kita namun ianya cuba diangkat sebagai hero oleh bangsa Cina yang lupa diri aka nasal usul mereka sumber kat sini

MAKIN LONGGAR DAN LALAI 
PEMIMPIN MELAYU SEKARANG !!!!!

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah