Saturday 30 November 2013

Panas !! DPP Perak Dakwa Ustaz Kazim Elias Ahli PAS. @tv3malaysia @ustazkazim #umno2013


Dakwaan yang menyatakan Ustaz Mohamad Kazim Elias merupakan Ahli Pas. ISU ini timbul selepas UKE  menjadi antara antara sembilan orang yang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Lantikan ini adalah sebagai tambahan kepada 25 yang dipilih menerusi pemilihan UMNO baru-baru ini.



Dengan perlantikan ini bermakna beliau secara automatiknya adalah ahli UMNO. Namun, ramai yang keliru dengan kenyataan yang dibuatnya (video) beberapa bulan yang lalu bahawa dia bukan ahli UMNO. Tambah mengejutkan, terkini ada pula pihak yang mendedahkan bahawa Ustaz Kazim adalah ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sah. Beliau berdaftar sebagai ahli PAS cawangan Manjoi, kawasan Tambun, Ipoh Perak dengan nombor keahlian 0475276. Tarikh keahlian beliau ialah pada 17 Julau 1998.

MASYAALLAH !! Jawapan Ustaz Kazim Elias mengenai perlantikan beliau sebagai MT #UMNO .@NajibRazak


Harap pihak yang mengkritik dan mengeluar-kan perkataan bebaur kesat dan fitnah berpuas hati dengan jawapan dari UKE ini. KALAU orang alim sokong n masuk PR tak plak.. 

Kita pun agak terkejut dengan perlantikan Ustaz Kazim lantas membuat penjelasan panjang lebar di laman Facebooknya.
Ada pula macai PR yang meroyan...


Friday 29 November 2013

Ustaz Kazim Elias Dilantik Sebagai MT UMNO sesi 2013-2016. @NajibRazak


Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.

“MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah,” katanya.

Berikut adalah senarai MT tambahan:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias


Sumber : UMNO Online

Pasangan Muda Mula Buka 'Aib' Bila Sudah Bercerai.

Disebalik pernikahan mereka berdua wujud cerita kurang enak didengar ketika kisah ini sedang hangat. Maklumat tersebut diperolehi sendiri dari 'cakap-cakap' orang kampung sekitar tempat pasangan ini bernikah.

Kisah tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tiada laporan polis yang rasmi dilakukan namun semuanya selesai setelah mereka 'dipaksa' bernikah.

Mohd. Fahmi Alias, 19, dari Kampung Naga Lilit di sini mengakui usia rumah tangganya tidak sampai setahun apabila mengesahkan dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nor Fazira Saad, 13.Lelaki yang bekerja kebun bersama bapanya itu berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan Fazira yang ketika itu berusia 12 tahun.

Adila Hussin McGhee "Saya masih seorang Islam.


Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial dan menganggapnya sebagai fitnah.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w. "Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.

Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.

Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi "cerita dari hati" bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.

"Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.
"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.

Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.

"Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan," kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan.

"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.

"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.

Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ. Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.

"Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.

"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam. "Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu," katanya.

Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.

Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.

Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon. "Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa," ujar Adila.

Sumber.

Tuesday 26 November 2013

Masuk #SYIAH KERANA NAFSU. @inspirasiislami


Kebenaran untuk berkahwin secara mutaah yang kononnya menghalalkan zina dikenali pasti sebagai faktor utama menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terutama lelaki, terjebak dengan fahaman Syiah.


Penolong Pengarah, Seksyen Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata kesimpulan itu berdasarkan pengakuan 141 pengikut fahaman terbabit yang direkodkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) setakat ini. Syiah buat hadis palsu.

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah daripada kalangan orang Melayu tidak mahu menceritakan secara terperinci mengenai kahwin mutaah, namun Syiah buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar.

Mereka tahu zina perkara jijik dan berdosa besar, tetapi dalam Syiah benda jijik dimuliakan... Nikah mutaah mulia, bahkan mendapat pahala lagi, siapa yang bermutaah sekali sama martabatnya dengan Saidina Hassan, dua kali sama dengan Saidina Hussin dan tiga kali sama dengan Saidina Ali.

Pengikut Syiah percaya, kahwin mutaah yang sebenarnya menghalalkan zina dalam Islam, akan diberikan pahala yang besar seperti yang diterima Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, katanya ketika berucap pada majlis 'Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana BAKTI: Kesesatan dan Fahaman Syiah', di sini semalam.
Ciri penganut Syiah.

Majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Kompleks Seri Perdana itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Aizam juga mendedahkan ciri penganut fahaman Syiah yang turut menggelarkan fahaman itu sebagai Mazhab Ahli Bait bagi mengelirukan umat Islam, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, antara ciri berkenaan termasuk menambah bacaan dua kalimah syahadah dan azan, solat tiga waktu sehari iaitu dengan menjamakkan Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak.

Amalan lain termasuk sujud di atas batu Karbala ketika solat, tidak menunjukkan penghormatan kepada sahabat Rasulullah dan tidak terus berbuka puasa selepas mendengar azan Maghrib pada Ramadan.

Penyebaran ajaran sesat itu yang kerap berselindung di sebalik agensi pelancongan, buku agama dan risalah serta media sosial, katanya sambil menambah pengikut Syiah di Malaysia dianggarkan sekitar 1,500 hingga 2,000 orang.

Ceramah itu dihadiri 70 tetamu termasuk ahli BAKTI, Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Sumber

Haram& Islam, runtuh masjid, ulama kecam kerajaan Angola. @inspirasiislami


Persatuan ulama dunia di bawah kepimpinan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi hari ini menolak keras laporan berkaitan tindakan pemerintah Angola yang melarang umat Islam mengerjakan ibadat dan merancang untuk menghancurkan masjid-masjid di negara itu.

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam satu kenyataannya mengajak organisasi dunia membela hak minoriti Muslim di Angola.

"Kita meminta kepada pemerintah Angola untuk menarik kembali keputusannya yang tidak adil ini... bersikap adil lah terhadap minoriti umat Islam, dengan tidak mencampuradukkan umat Islam dengan kelompok radikal dan teroris," ujarnya seperti yang dipetik Islampos.com.

Persatuan ulama itu juga turut menggesa campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan masalah ini yang dilihat semakin parah apabila sebuah masjid di di ibu kota Angola turut dimusnahkan bulan lalu.

"Persatuan ulama dunia mengajak kepada persatuan organisasi-organisasi Islam dunia, dan organisasi Islam Afrika dan lain-lain untuk sama-sama melakukan tindakan sebagai bentuk solidariti supaya Angola damai kembali," petik kenyataan itu lagi.

Difahamkan, pemerintah Angola memutuskan untuk melarang umat Islam mengerjakan ibadah di negara itu ekoran pemerintahnya tidak mengiktiraf Islam dan menganggap agama Islam bertentangan dengan budaya Angola.

"Persatuan ulama menegaskan rasa solidariti dan ukhuwah kepada minoriti umat Islam di Angola, mendoakan mereka untuk tetap sabar dan dapat mengambil hikmah dan tidak bersikap keras ataupun radikal," tulis kenyataan itu lagi. Sumber

Gempar !! Yang mana satu ni..tinggalkan @anwaribrahim


MAKA meroyan lagi si bacul kaki kecing  apabila 11 pemimpin cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Jumlah itu tidak termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri itu yang sebelum ini telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad@Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Senarai Ketua Cabang PKR umum keluar parti ekoran Hilang Percaya kepada kepimpinan PKR dan Campurtangan pimpinan PKR pusat ke atas PKR anak tempatan Sabah.

1) Angki Addek ( Adun Kota Marudu)
2) Anthony Mandiau (Kota Marudu)
3) Juhani Abd Halim
4) Mohd Jun ( Kelabakan)
5) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6) Lokuan Ureh ( Semporna)
7) Timoty Lim ( Sepangar)
8) Apandy Sipin ( Persiangan)
9) Soloh Yuna (Kota belud)
10) Jelani Hamdan (Adun Matunggong)
11) Jeremmy Malajad (Kedamaian)


Tu dia.... DSN pun dah umumkan akan ada lagi gelombang kedua. BANYAK  mereka yang akan keluar parti itu dalam masa terdekat selepas hilangnya keyakinan mereka terhahadap kepimpinan PKR negeri.

Kita tunggu dah lihatlah....  

Monday 25 November 2013

Imam yang Langgar Titah Sultan !!! @dsjamilkhir @MuhyiddinYassin #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah


Mengunakan masjid untuk berpolitik, boleh memecah-belahkan masyarakat Islam dan mendatangkan mudarat.Ia tak salah jika mereka menjalankan aktiviti keagamaan  tetapi yang menjadikan Masjid sebgai medan “menyemai pengaruh pro PAS dan anti kerajaan.

Sumber AUDIO : kamera kupang:


KedahTimes ingin highlightkan isu berkaitan imam yang dilantik oleh Duli Yang Mulia Sultan Kedah bagi mengetuai khariah masing-masing di Kedah.


Mereka dilantik berdasarkan atas kelayakkan mereka dari segi ilmu agama dan perwatakan mereka yang boleh memimpin serta mendidik anak khariah masing-masing. Mereka dianggap sebagai wakil Sultan dan MB untuk menyatupadukan anak khariah serta membimbing mereka menjadi anak khariah yang patuh kepada hukum syariah.

Mungkin semasa nak menjadi imam khariah tu, mereka menunjukkan sifat dan sikap yang baik. Tetapi Setelah mendapat jawatan, maka terserlalah sifat dan sikap sebenar. Mereka tanpa segan dan silu merosakkan keharmonian khariah dengan menjadikan masjid mereka pusat membawa penceramah politik kebencian yang amat buruk.

Masjid dijadikan medan untuk mereka berpolitik kebencian dan perpecahan. Masjid dijadikan pusat menyebarkan ideologi politik sempit parti mereka. 

Jika semua ini dibiarkan berleluasa, maka khariah sudah tentu berpecah akibat tindakan-tindakan imam yang membiarkan penceramah memberi ceramah atau tazkirah berbau politik kepartian. Hasilnya umat Islam di Malaysia akan berpecah belah. Bukan Islam dengan senang akan mengambilalih kuasa dan sebagainya.

Maka itu KedahTimes amat bersetuju jika Kerajaan negeri memecat imam-imam yang berkelakuan sebegini. Imam ini boleh dianggap INGKAR kepada arahan ketua dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan kesatuan Ummah.

Imam-imam sebegini pertamanya mengingkari suruhan Allah SWT supaya memimpin khariah kepada kesatuan dan kebaikan.

Kedua, imam-imam sebegini ingkar kepada perintah Sultan Kedah yang menjadi ketua Agama Islam tertinggi.

Ketiganya, imam-imam ini mengingkari arahan Menteri Besar Kedah yang mewakili Sultan dalam mengurus dan mentadbir organisasi negeri yang mana imam-imam sebegini berada di Jabatan dibawah seliaan Menteri Besar.

Jika semua perintah sudah mereka ingkari, apa lagi sebab untuk tidak memecat mereka. Malah mereka tidak boleh mempertikaikan pemecatan tersebut kerana mereka yang melakukan kesalahan.

KedahTimes menyeru kerajaan mengambil tindakan segera kerana parasit-parasit yang bertopengkan imam ini bakal memusnahkan masyarakat dan negeri serta negara.

Kita jadikan Masjid-masjid kita sebagai pusat kesatuan, aktiviti agama dan masyarakat, perlonjakkan ekonomi ummah dan semua amalan yang tidak memecahbelahkan umat Islam.

Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Imam sesuatu masjid:

  • Menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu;
  • Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan;
  • Membaca khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya;
  • Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah masjid itu sedaya upayanya
  • Mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid itu;
  • Membimbing bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalanan tugas-tugas Imam;
  • Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan

  • Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Jabatan Agama
Read more: Kedah Times

BUAT MALU ORANG KAMPUNG JER ! GAMBAR 'HOT' FATIHAH HAKEMA BERAKSI TRRSEBAR DI LAMAN #FB . @inspirasiislami

Alangkah terkasima KK melihatkan remaja ini. Kalau dilihat di status fb tersebut, remaja ini berasal dari Daerah Sik, Kedah. APA NI BUAT MALU ORANG Kedah.. berdasarkan catatan beliau di FB. Entahlah benar atau tidak maklumat yang tercatat akaun FB ini. KK pun kurang jelas mengenai perkara ini.

Beberapa keping gambar memaparkan Remaja beraksi dengan teman lelaki dalam bilik air . Di muat naik ke sebuah akaun facebook dipercayai milik seorang remaja perempuan. Beberapa keping gambar yang agak kurang enak jika dilihat. Akaun tersebut menggunakan nama Fatihah Hakema.


Tidak dapat dipastikan sama ada itu adalah akaun palsu ataupun sengaja dibina untuk 'mengenakan' remaja tersebut. Ini kerana, foto-foto yang terdapat di dalam akaun tersebut hanyalah foto ketika beliau bersama teman wanitanya bercuti di Cherating.


'Display picture' untuk profile nya agak melampau apabila memaparkan gambar beliau dan teman lelakinya berbogel sambil berpelukan di dalam pancuran. Namun begitu, terdapat beberapa keping gambar beliau masih bertudung dan berpakaian sempurna.


Ini adalah status terakhir beliau yang ditulis pada 10 Oktober yang lepas. Kalau benar ini adalah akaun beliau, amat malanglah remaja melayu sekarang. Masalah ini bertambah parah apabila berjauhan dengan ibu bapa. Tetapi jika ini adalah penganiayaan, maka wajarlah tindakan sepatutnya di ambil.

" Kat sini asyik nak berhibur kat Mesirr mereka mencari syurga" @DPPMalaysia @harakahblog @abby_abadi112


Bertepatan dengan tema Pas For All ... Persembahan heavy metal ini tetap "sebagai hiburan" , tetapi usaha untuk menarik golongan muda yang heavy metal seperti ini mendekati Islam, lebih lagi jemaah Islam, suatu usaha yang sangat terpuji. 

inikah ke dikatakan parti perjuangkn al quran dn sunnah?


Ini pengaruh sosialis terhadap ahli-ahli Parti PAS yang tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat. Kah,kah,kah...


Mantap video nih. ini betul punya dahsyat meratib berzikir. Puak PAS bantah konsert metallica sebab metallica tak mengucap syahadah dan tak jadi ahli PAS. cuba kalo geng2 metallica tu jd ahli PAS. mau diseretnya ke merata cerok buat konsert headbang.

Pas buat tak melalaikan...Kalau UMNO buat gerenti lalai



Sunday 24 November 2013

'kucing kurap', Jeff oii memang celupar dan biadap. @dapmalaysia @DPPMalaysia


Gelar 'kucing kurap', Jeff Oii diserang kakitangan MPPP.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang sedang melawat Pasar Awam Jelutong di sini hari ini 'diserang' seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan wakil rakyat DAP itu bagi merujuk penjawat awam di negeri ini.


Mohd. Rofi Osman, 58, dengan lantang mendesak Jeff menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.

Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.

Beberapa pembantunya cuba menghalang kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.

Berikutan 'serangan' tersebut, Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ. - UTUSAN ONLINE

Any Time Any Day !! " Dapatkan isteri tambahan dengan begitu mudah" @inspirasiislami



Di Pendang terdapat 156 Gadis dan 341 Janda Sedia Berkahwin!! Memang seronok dan berbahagia la puak-puak Syiah ni....

Cegah sebelum parah.... Harap pihak berwajib memantau dan mengambil tindakan lebih keras... Selamat Anak Melayu Islam.

surat dari Syiah Taqiyah yang berpusat di Pendang ni.





Nikah mut’ah bermaksud pernikahan yang diletakkan tempoh tertentu di dalam akad. Bagi golongan syiah, nikah mut’ah adalah halal. Sedangkan hukum yang disepakati oleh kebanyakan ulama’ adalah haram berdasarkan dalil dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh saidina Ali r.a:

“Rasulullah s.a.w telah mengharamkan pada hari Khaibar daging keldai dan nikah Mut’ah”.

Meskipun ada yang menyatakan nikah mut’ah pernah dihalalkan dalam islam, tetapi hukum asal itu telah dimansuhkan dengan hadis di atas yang datang kemudian. Tetapi golongan syiah tetap berkeras bahawa hukum nikah mut’ah itu tetap halal berdasarkan dalil dari al-quran yang bermaksud:

“kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna). {an-Nisa’: 24}

Sebenarnya ayat suci al-quran di atas telah disalahtafsirkan oleh golongan syiah untuk kepentingan mereka sendiri. Sedangkan ayat di atas ialah dalil kewajipan membayar mahar untuk sebuah akad pernikahan yang sah.

Ditambah pula dengan hadis palsu yang disandarkan ke atas nabi Muhammad s.a.w untuk menguatkan hujah mereka seperti hadis palsu dibawah:

“Sesiapa yang bermut’ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali”

Melihat hadis di atas ini pun akal yang waras tidak boleh menerimanya. Masakan seorang itu mampu meraih pahala sebanyak itu dengan hanya bermut’ah? Sedangkan amalan mut’ah itu amat mudah jika dibandingkan dengan menziarahi kaabah walau sekali.

Kemudian datang pula hadis palsu yang lain seperti ini:
“As-Sayid Fathallah Al-Kashani meriwayatkan dalam ‘tafsir minhaj as-sodiqin’  daripada Nabi telah bersabda: “Sesiapa yang bermut’ah sekali darjatnya seperti darjat Al-Husain, sesiapa yang bermut’ah dua kali darjatnya seperti darjat Al-Hasan, sesiapa yang bermut’ah tiga kali darjatnya seperti darjat Ali bin Abu  Talib, sesiapa yang bermut’ah empat kali darjatnya seperti darjat ku”.

Tidak cukup dengan itu, mereka menggunakan dalil lain yang kononnya ialah kata-kata dari imam mereka sendiri untuk menguatkan lagi hujah songsang mereka. Antara kata-kata imam mereka berkaitan amalan mut’ah, kononnya imam as-sadiq berkata:

“Sesungguhnya mut’ah agama ku dan agama nenek moyang ku. Sesiapa yang beramal dengannya dia telah beramal dengan agama kami, sesiapa yang mengingkarinya, dia telah mengingkari agama kami dan telah beriktikad dengan selain daripada agama kami”.

Cukup dalil palsu di atas ini membuktikan syiah itu benar-benar mahu menegakkan benang yang basah. Hukum haram sudah jelas, mereka mencari jalan lain untuk menghalalkannya. Jika mereka sanggup berbohong dalam hal-hal agama, tidak mustahil mereka kerap berbohong dalam hal-hal dunia.

Hal mut’ah ialah perkara biasa bagi golongan syiah. Sehinggakan mereka dibenarkan bermut’ah dengan kanak-kanak tidak mengira usia. Hal ini diceritakan diketika mana imam Khomeini bermusafir dan singgah di rumah kawan baiknya untuk berehat. Ketika mereka bersembang, anak perempuan tuan rumah melalui mereka dan imam Khomeini terlihat padanya. Kemudian imam Khomeini meminta tuan rumah untuk bermut’ah dengan anak perempuannya pada malam itu.

Di keesokan paginya, imam Khomeini disoal berkaitan nikah mut’ah dengan kanak-kanak kecil. Beliau menjawab: “sesungguhnya bermut’ah dengan kanak-kanak tersebut adalah harus tetapi dengan bercumbu-cumbuan, berciuman dan meletakkan zakar antara dua peha. Adapun bersetubuh, dia (kanak-kanak) masih belum mampu untuk melakukannya”.

Seperkara lagi yang jelek dengan golongan syiah ini ialah mereka menghalalkan mut’ah pada wanita golongan awam dan haram bermut’ah dengan wanita golongan sayid. Hal ini jelas diskriminasi golongan tertentu untuk memenuhi hajat dan nafsu mereka semata-mata sehingga sanggup berbohong menggunakan nama agama.

Di sini terdapat beberapa kesan buruk amalan mut’ah:

1-      Mut’ah itu sendiri sudah bertentangan dengan syariat islam iaitu nikah yang sah.
2-      Mereka menghalalkan mut’ah dengan mnggunakan dalil-dalil palsu yang tiada asalnya demi menghalalkan apa yang haram.
3-      Menghalalkan mut’ah pada wanita yang sudah bersuami meskipun tanpa pengetahuan suaminya.
4-      Anak-anak gadis bebas bermut’ah tanpa pengetahuan ibubapa.
5-      Mereka yang menghalalkan mut’ah itu membenarkan diri mereka untuk bermut’ah dengan anak orang lain sedangkan mereka melarang orang lain bermut’ah dengan anak mereka sendiri.
6-      Tidak perlu saksi, wali dan makluman pada umum.
7-      Membuka ruang yang luas kepada para remaja yang inginkan maksiat tetapi berselindung dengan nama agama.

Terdapat beberapa kisah yang sering berlaku berkaitan mut’ah. Antaranya adalah kisah seorang wanita yang selalu dinikahi mut’ah oleh seorang sayid. Selama berpuluh tahun lelaki sayid ini bermut’ah dengan wanita ini sehingga dia sudah puas, dia pun meninggalkan wanita tersebut. Setelah itu wanita itu pun hamil. Dan dia dengan yakin dan pasti bahawa anaknya itu ialah hasil pernikahan mut’ahnya dengan lelaki sayid tersebut kerana dia tidak pernah bermut’ah sepanjang hidupnya kecuali pada lelaki sayid itu sahaja.

Kemudian bertahun kemudian, anak yang dilahirkannya itu sudah menginjak usia dewasa dan kelihatan cantik. Pada suatu hari, anak perempuannya itu pulang dalam keadaan hamil. Kemudian ibunya bertanya dengan siapakah dia bermut’ah. Anak perempuannya pun memberitahu bahawa sayid sekian-sekian yang telah bermut’ah dengannya sehingga hamil. Tercengang ibunya lantas menceritakan kepada anaknya itu bahawa sayid yang telah menghamilkannya ialah bapanya sendiri.

Demikianlah sebahagian dari kisah berkaitan mut’ah. Semoga kita semua boleh mengambil pengajaran dan menjauhi ajaran syiah yang telah memesongkan agama atas nama agama. Wallahua’lam.


Tajuk buku : ‘kenapa aku meninggalkan syiah’
Karangan : Syeikh Al-Allamah Dr. Hussain Al-Musawi

Saturday 23 November 2013

JANGAN LAKSANA HUDUD DI KELANTAN !! @dapmalaysia @anwaribrahim @DPPMalaysia @harakahblog


DAP merayu rakan sekutunya PAS agar tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

"Hudud mempunyai hukuman yang sangat serius. Hanya kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang sedemikian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka sempena Deepavali anjuran pusat khidmat masyarakat, DAP Datuk Keramat di Taman Jajar pada Sabtu.

"Objektif politik tertakluk kepada undang-undang. Penasihat undang-undang kerajaan negeri Kelantan harus menasihatkan PAS agar tidak meneruskan cadanganmelaksana- kan hukum hudud," katanya

Beliau berkata DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan cadanganmenjadi-kan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Jumaat melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong tindakan kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

"Sudah pasti, kita akan menyokong Kelantan melaksanakan undang-undang berlandaskan syariat Islam walaupun kerajaan negeri berhadapan dengan cabaran dan campur tangan daripada kerajaan Persekutuan.


"Tindakan kerajaan Persekutuan menggangu Kelantan (berhubung cadangan pelaksanaan hudud) menunjukkan mereka tidak meng-hormati PerlembagaanvPersekutuan, " katanya ketika kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan enakmen yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya kerajaan negeri itu mahumenguatkuasakannya.

sumber



GEMPAR !! Soalan SPM, Kertas Matematik,Matematik Tambahan bocor? @MuhyiddinYassin @PPIM4U @PDRMsia


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.

Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerah-kan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan. 

Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.

"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.


"Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 November untuk membuat aduan, bagai-manapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti," katanya.


Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 November apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi 'WhatsApp'.

"Maklumat itu mengandungi tiga gambar mengenai soalan beserta jawapan yang berkemungkinan sama dengan kertas 2 Matematik Tambahan tersebut," katanya.

Beliau berkata segala maklumat itu kemudian diserah kepada LPM untuk siasatan lanjut dan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Wang Maju semalam.

Mohd Husaini berkata beliau membuat pendedahan itu atas dasar tanggungjawab kerana tidak ingin melihat kemusnahan masa depan pelajar SPM. "Saya berharap pihak LPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya benar perkara ini berlaku,"

katanya. - Bernama

PANAS !! EGEN KHAS cuba rosakan pemilihan #MuktamarPas !! @anwaribrahim @cmlimguaneng @DPPMalaysia @harakahblog


Apa yang jelas di sini, apakah agenda dan perancangan jahat yang sedang diatur oleh ‘pelakon’ dan ‘duta’ khas kelompok tertentu yang cuba untuk menimbulkan tanda tanya dan keraguan perwakilan muktamar serta masyarakat luar yang mengikuti per-kembangan muktamar pada kali ini.

Apakah wujud campurtangan asing dalam memanipulasikan keputusan pemilihan muktamar kali ini ?

Pastinya para pemerhati dan media sedang menanti untuk melontarkan pandangan dan reaksi masing-masing terhadap apa yang sedang berlaku ini.Muktamar kali ini menjadi titik hitam kepada sejarah perjalanan pemilihan tonggak kepimpinan PAS.


AKIBAT SUKA SANGAT FITNAH, KE'MALUAN SENDIRI !! @DPPMalaysia @harakah


Apa punya cerita la kali.. pssstt ini cerita kisah baiknya...

Mungkin ini petunjuk Allah SWT kepada PAS yang selama ini bukan main sibuk dok perlekeh SPR dengan macam-macam dakwaan mengenai pengendalian pilihanraya. SPR kendali pilihanraya libatkan lebih 13 juta pemilih, manakala PAS yang buat pemilihan hanya libat 1,129 orang perwakilan boleh kelam-kabut.


Peribahasa Melayu sebut mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...
Lebih memalukan, kesilapan cetak kertas undi melibatkan 61 nama untuk mengisi 18 tempat kosong Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Dengar khabar ada beberapa nama tercicir, kejadian itu disedari selepas kira-kira setengah jam berlangsung pengundian selepas solat Jumaat tadi.

Antara nama yang disebut-sebut tak ada dalam senarai adalan Nasaruddin Hasan, bekas Ketua Pemuda PAS yang tak pertahan jawatan dan Ahli Parlimen Temerloh. Pihak Jabatan Pilihanraya PAS yang mengendali-kan proses pemilihan itu mengumumkan penangguhan pengundian untuk jawatan AJK Pusat. -22/11/2013 AgendaDaily

SIAPA LA PLAK YANG NAK DIPERSALAHKAN KALI INI ? UMNO lagi kah... Selepas sistem pemilihan DAP mencetuskan kontroversi, kini PAS pula menuruti kepincangan teknikal. Mungkinkah pemilihan PKR akan mencatat sejarah hitam.....

Hehhh... Kendalikan 1000 orang lebih pun dah kacau bilau..