Wednesday 15 January 2014

ADUAN RAKYAT : Ahli Majlis Daerah & PBT Perlu Pantau Premis Milik MDB. @azeezputera


Luahan hati Rakyat Baling terhadapat Premis Kosong...

Pemerhatian berulangan di Bangunan Premis Niaga milik Majlis Daerah Baling (MDB) yang terletak di Pekan Kuala Ketil. Lokasi bersebelahan jalan utama (Pekan Kuala Ketil) mendapati banyak ruang niaga tidak beroperasi. Dari maklum balas mendapati ada sebahagian ruang niaga telah mempunyai penyewa tetapi tidak menjalankan perniagaan.

Beberapa unit Kedai di tingkat bawah menghadap jalan Utama sentiasa tutup sahaja . Apakah YDP, Setiausaha dan Ahli Ahli Majlis, Majlis Daerah Baling ( MDB ) tidak menyedari bahawa aset aset milik kerajaan perlu dimajukan dan menjana hasil pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan sekaligus membangunkan sosial ekonomi setempat .


Saya berharap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dapat merangka satu mekanisme pemantauan aset- aset milik kerajaan yg tidak berdaya maju untuk tindakan segera.

sumber : FB Iriang Iris

1 comment:

  1. pEgi cek kat MDB premis tersebut ada peyewa tapi dah bertahun tidak menjalankan perniagaan sayang nak lepaskan sanggup potong api air harap bagi peluang pada orang lain yang betul nak berniaga

    ReplyDelete