Khamis, 2 Januari 2014

Artis kongsi pengalaman diserang peserta himpunan haram. @NjwaLatif #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis #TURUN


Persembahan artis pada Konsert Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam kelmarin, terjejas apabila pelbagai objek termasuk botol air mineral dibaling ke pentas dipercayai oleh peserta perhimpunan haram.

Dalam kejadian itu, artis terpaksa berhenti menyanyi dan bertempiaran lari ke belakang pentas apabila keadaan kecoh.

HIP menghubungi dua artis iaitu Aweera dan Puteri Caroline yang membuat persembahan pada konsert itu untuk berkongsi detik cemas mereka.

Selain dua penyanyi terbabit, konsert itu dijayakan Amy Search, Zainal Abidin, Najwa Latiff, Bob Nathan dan Reno. Difahamkan, artis yang lebih awal membuat persembahan tidak melalui detik cemas berikutan keadaan masih terkawal.

Tak sangka gembira bertukar huru-hara

Mengakui terlihat botol minuman melayang ke pentas, Aweera tidak menyangka peserta perhimpunan haram bertindak di luar kawalan hingga menimbulkan kekecohan melampau.

“Ramai artis membuat persembahan dan setiap artis menyanyi antara dua hingga tiga lagu. Ketika saya mendendangkan lagu kedua, saya nampak keadaan mula kecoh dengan perusuh masuk ke tengah padang.

“Apabila Jay Jay membuat persembahan, keadaan mula tegang dan polis mengawal keadaan di depan pentas. Ketika Caroline menyanyi, mereka membaling botol ke arah pentas.

“Suasana menjadi lebih huru-hara kira-kira jam 11.55 malam sehingga persembahan pentas terpaksa dihentikan sepenuhnya,” katanya.

Artis dikurung hingga 1 pagi

Aweera berkata, bagi mengelak kejadian tidak diingini, semua artis ditempatkan di Bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan Dataran Merdeka.

Dia berkata, semua artis menunggu di bangunan itu sehingga jam 1 pagi sebelum dibenarkan pulang.

“Kejadian begini tidak patut berlaku. Ini kerana kita sedang gembira menyambut kedatangan tahun baharu. Kita perlu fikirkan soal keselamatan pengunjung lain terutama kanak-kanak dan wanita.

“Saya tak takut, cuma risaukan keselamatan penonton lain yang datang untuk berhibur. Sebagai rakyat, kita perlu berfikir secara rasional dan bukan mengambil tindakan melulu sehingga menimbulkan kekecohan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah