Khamis, 2 Januari 2014

GEMPAR !! GERAKAN PROTES & BOIKOT KFA /"TEAM HIJAU KUNING" 15 JAN 2014 INI ? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


SIAPA DALANG !!! SIAPA "KEPALA" !! KENAPA PADA MASA 2008-2012 ZAMAN KEJATUAHAN PASUKAN KEDAH TAK DAK BENDA MACAM NI BERLAKU ? SEDANGKAN APA YANG PENTING IALAH KEJAYAAN ? MANA PI HABIS PERSATUAN MASA ZAMAN TERSEBUT... TAK BUNYI PUN....


Satu majlis pelancaran jersi dan pasukan akan dilangsungkan bersama peminant setia hijaukuning, nantikan 15 Januari ini. Bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman. Apakah ada "himpunan" protes logo baru akan di adaakan semasa Majlis itu berlansung ? 



Jika dilihat pada status yang dikeluarkan di Fb akan ada gerakan/tindakan untuk mengadakan protes besar-besaran di Majlis itu Kelak.



Logo tu memang maruah, tapi yang lebih penting kewangan dan sponsor dari pihak yang nak bantu pasukan Kedah ni. Kalau dok sibuk dengan logo saja pun tak guna, kalau duit takdak. Pemain nak makan apa, sewa stadium sapa nak bayar? Perancangan masa depan bola sepak Kedah lagi. Lebih baik kita tumpukan kepada semua itu dari nak bantah logo baru ni.

perasaan orang lama yang berat hati nak tukar logo, tapi pandanglah kearah kebaikkan, pandanglah kearah kemajuan. Kita boleh buat brand baru untuk niagakan logo baru kita ni. Persatuan boleh cari duit, mungkin ada pihak sponsor yang tertarik dengan imej baru bola sepak Kedah.

Kita ambil Johor DT sebagai contoh, macam mana depa niagakan brand baru JDT hinggakan orang luar Johor pun tertarik dengan baju dan poster JDT. Itu contoh, bukan Mc nak puji JDT tapi mereka merupakan salah satu pasukan bola yang digeruni, walaupun pada hakikatnya tak kuat mana.. he he he..

Kepada brader-brader otai bola sepak yang dok marah tak tentu pasai, dok hingaq sampai nak buat demo tu, pikiaq la pat lima kali brader. Apa yang orang buat hanya untuk kebaikan bola sepak Kedah, takkanlah ada orang saja-saja nak pelingkup pasukan bola sepak negeri sendiri ? 
SAMBUNG BACA DISINI

1 ulasan:

  1. Kita selalu kalah dgn WANG..
    krn WANG maruah ubah semua..
    apa salahnay logo lama?
    Logo lama amat bererti bg warga Kedah.
    Kenapa Mukriz yg tu pun xboleh nk faham..
    mcm mana nk jd MB Kedah yg disegani..
    ini akan jd lubang cucuk jarum puak PAS munafik yg akan semarakkan kebencian berteraskan isu ini.

    Wang bukan segalanya.. kembalikan logo lama..
    Kekalkan logo lama..
    usah rosakkan apa yg ada.. yg penting kualiti pasukan bukan sibuk nk ubah kosmetik.

    Saya sokong 100% boikot ini.. sbb logo Kenari lama sebati dlm jiwa kami sejak dibangku sekolah lagi..

    Hidup HIJAU KUNING!!

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah