Sabtu, 11 Januari 2014

Gempar !! @KharyKj "Sound" Ketua Polis Negara @KBAB51 Berhubung ISA. @PDRMsia


Semenjak dua menjak ni.. dunia sosial semakin panas dan sensasi. Pengamal media sosial kian berani mengeluarkan status yang mengaibkan dan berbaur hasutan. Tak kiralah siapa pun rakyat atau pak-pak menteri pun dipersoalkan tindakan mereka. Pengamal kebanyakan berselindung disebalik 'fakeaccount' . Mereka berselindung serta ada juga menggunakan 'account' palsu bertujuan menjatuhkan kreabiliti serta mencipta persepsi buruk. Salah satu contoh seperti dibawah ini :-

account palsu

Akaun twitter palsu yang menggunakan gambar Khairy Jamalludin menteri KBS mengutuk tindakan KPN berhubung Undang-undang ISA.

account twitter kj sebenar

Saya Harap ISA Dikembalikan - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula sebagai undang-undang yang akan menjamin keselamatan lebih baik untuk rakyat.

"Undang-undang semasa seperti SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012) adalah baik tetapi apa yang buruknya mempunyai undang-undang tambahan seperti ISA ini.

"Saya menyokong ISA dan mana-mana undang-undang yang boleh membantu polis dalam menjadikan negara ini lebih selamat," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Jumaat.

"Saya seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang ... sudah tentu saya akan mengharapkan undang-undang yang boleh membantu saya dalam menjalankan tugas.

"Bagaimanapun, saya mematuhi tujuan Parlimen dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Dalam pada itu, saya juga berharap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) turut akan diperkenalkan tidak lama," katanya.

ISA dimansuhkan pada tahun lepas dan kumpulan terakhir lapan tahanan telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Kamunting pada minggu lepas.

Sosma diperkenalkan tahun lepas bagi memastikan keselamatan awam dijamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah