Tuesday 14 January 2014

Gempar !! Laporan Polis terhadap 'Sultan Melaka' pada hari Sambutan #Maulidirassul ? @PDRMsia @myberita

Dua laporan polis dibuat berhubung rancangan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, memberi darjah kebesaran, bintang dan pingat di Pulau Besar dekat sini, hari ini.

Laporan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pulau Besar, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh pada kira-kira 6 petang semalam. Abdul Ghafaar berkata, laporan itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap rancangan individu terbabit kerana melanggar Undang- Undang Tubuh Kerajaan negeri Melaka. 


"Ia adalah satu kesalahan dan pemberian darjah kebesaran hanya boleh diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob... kita tidak mahu perkara ini dipermainkan oleh individu tertentu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Sementara itu, Presiden MGBM, Zali Mat Yasin yang mewakili 16 pertubuhan belia negeri Melaka berkata, tindakan individu terbabit boleh menjejas kestabilan dan keharmonian rakyat. "Kita tidak mahu rakyat di Melaka timbul kegusaran atau kekhuatiran mengenai kewujudan sultan yang akhirnya mewujudkan konflik pentadbiran," katanya.

Baru-baru ini, Raja Noor Jan Shah mengutus surat kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi mengadakan perbincangan untuk mendapat pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakwa beliau sudah mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.


- BERNAMA

No comments:

Post a Comment