Sabtu, 18 Januari 2014

#ISUTUDUNG SELESAI: TAPI BAGAIMANA PULA DENGAN #KalimahAllah. @UMonline

Cheiw Swee Tuan dan Choi Ye Shan (baju merah) bersalaman dan diperhatikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman (baju biru) dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, semalam. - 

Anggap isu tudung selesai


Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Phang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan hari ini meminta maaf secara terbuka kepada guru Cina mualaf yang diminta membuka tudungnya baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat pada Majlis Muhibah dihadiri guru terbabit, Choi Yi Shan, 25, yang masih merahsiakan nama Islamnya di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama dekat sini.

Yang turut hadir, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin.

Ah Ngang dalam kenyataannya berkata, beliau dengan seikhlas hati meminta maaf secara peribadi kepada Yi Shan dan masyarakat di Pekan Teluk Sengat serta umat Islam ekoran tindakannya itu.

“Dengan ini saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya.

Sementara itu, Swee Tuan pula menyatakan beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan dan murid-murid beragama Islam memakai tudung di sekolah tersebut kerana memahami bahawa memakai tudung adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh wanita Muslim.

“Sebagai guru besar saya pasti menghormati agama Islam dan guru serta murid-murid beragama Islam tanpa mengira kaum. Sebagai penjawat awam, saya mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya janji akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati.

“Segala salah faham dari segi perbualan dan kata-kata yang tidak munasabah yang diperkatakan secara tidak sengaja telah menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf," katanya.

Dalam pada itu, Yi Shan menganggap kes itu telah selesai dan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap karier sebagai pendidik dan seorang muslimah.

“Saya terima dengan hati terbuka permohonan maaf ini. Harap-harap pihak lain yang ambil berat tentang kes ini dapat meredakan hati dan tidak diperbesarkan lagi sebab ini memang isu sensitif," katanya yang bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya bulan depan.

Dipetik dari : Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah