Khamis, 30 Januari 2014

"Kem Mahathir" Cuba Jatuhkan @NajibRazak Kenyataan Bodoh @RafiziRamli - Pemuda Kedah #HanyaDiKedah




Sekali lagi Nama Tun Mahathir ada dalam senarai untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak. Dalam statementnya, Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika Perdana Menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno. Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada beliau jadi PM pun, kata Tun.

KENYATAAN MEDIA: Pemuda Kedah BANTAI Rafizi Babitkan Tun Dr Mahathir Dalam Kegilaan Anwar.

Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai kenyataan Rafizi mengenai justifikasi perletakan jawatan ADUN PKR Kajang.                                             

Pemuda UMNO Negeri Kedah menyifatkan kenyataan Rafizi mengheret YABHG Tun Dr Mahathir berkonspirasi ingin menjatuhkan kepimpinan negara adalah berniat jahat, kebudak-budakan dan melulu.


Pemuda Kedah percaya kenyataan ini dibuat atas situasi terdesak ataupun "desperado" dan bertujuan meredakan kemarahan penyokong parti dan ahli2 pakatan pembangkang diatas perletakan jawatan ADUN Kajang akibat krisis dalaman politik negeri Selangor yg semakin meruncing. 

Datuk Shaiful Hazizy
Melihatkan reputasi Sdr Rafizi yg sering menipu dan mengadu domba, Pemuda Kedah menasihatkan agar pimpinan PKR pusat mengkaji semula kedudukan Rafizi kedudukan Rafizi sbg Pengarah Strategi PKR yg sepatutnya membuat kenyataan yg lebih bertanggungjawab berlandaskan fakta dan bukti2 yg kukuh. 

Pemuda Kedah juga menyifatkan perumpamaan Erdogan dan Jokowi adalah fantasi politik yg ingin disajikan kpd penyokong parti mereka dan ahli2 pakatan rakyat yg semakin hari semakin hilang kepercayaan thdp pucuk pimpinan PKR.

Jesteru itu Pemuda UMNO Kedah mencabar dan mendesak Sdr Rafizi 1) mendedahkan siapa dalang dan individu yg merancang konspirasi menyingkirkan Perdana Menteri 2) Apakah butir2 dan perancangan pihak2 yg terlibat bagi mengerakkan gerakan konspirasi menggulingkan Perdana Menteri. 

Pemuda UMNO Kedah percaya kegagalan Rafizi mendedahkan 2 persoalan diatas akan membuktikan lagi asas bhw PKR kini berada didalam krisis kepimpinan dan keyakinan yg amat teruk sehingga cuba mengheret UMNO utk menjadi "kambing hitam" bagi mengaburi kelemahan mereka. 

Kegagalan Rafizi menjawab persoalan diatas juga akan menguatkan lagi imej beliau sebagai penipu, penfitnah, pengadu domba dan jesteru itu tidak selayak beliau memegang jawatan sbg Pengarah Strategi parti PKR.

Datuk Shaiful Hazizy
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah