Saturday 11 January 2014

Kereta Lotus Remuk dan Putus Dua Di PLUS (Pagoh-Tangkak) @utusanblog @1malaysia

https://www.facebook.com/pistoldanakal

Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kereta jenis Lotus dipandunya remuk dan terputus dua selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Lim Lik Wei, 40, yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke utara cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Dia dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar untuk rawatan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Lik Wei terbabas sebelum melanggar bukit di sebelah kiri lebuh raya. 

Rangka atau chasis kereta Lotus Elise dibuat daripada aluminium dan badan daripada gentian kaca. Berat keseluruhan kereta ini hanya 725kg dengan enjin Toyota 1.8 mampu memecut sehingga 250km/j. 


https://www.facebook.com/pistoldanakal

kereta3
kereta1
https://www.facebook.com/pistoldanakal


2 comments:

  1. Kira OK lah ni. Kereta Lotus Elise hancur bersepai tapi pemandunya selamat (despite high impact collision). Syabas!!!!!!!! Team Lotus Elise kerana berjaya design ciri2 keselamatan kereta yang ampuh dan telah teruji secara live. "Belilah Lotus Elise. Nyawa anda terjamin selamat." Tapi nyawa lagi selamat kalau memandu ikut peraturan jalan raya.

    ReplyDelete
  2. Yg paling penting pakai seat belt

    ReplyDelete