Rabu, 22 Januari 2014

@PDRMsia buru individu sebar foto mayatkanak-kanak mati dibunuh. @myberita



Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.

Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan. "Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat," Manoharan memberitahu Astro AWANI.

Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Pakar.

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang. Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.

Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa berkata perbuatan itu menunjukkan orang yang menyebarkannya tiada perasaan dan suka dengan keganasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah