Ahad, 5 Januari 2014

Pegawai kanan Maritim Malaysia ditembak, isteri dilarikan. @myberita @shahidan_kassim


Seorang pengarah pentadbiran kewangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuantan cedera di perut akibat ditembak sebelum disamun di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Semenyih dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa memandu bersama isterinya dari Shah Alam menuju ke Semenyih dan setibanya di persimpangan Puchong, kenderaan yang dipandunya telah dilanggar dari belakang oleh dua suspek.

Mangsa yang keluar untuk berbincang dengan suspek bagaimanapun telah ditembak di perut kiri manakala isterinya pula dilarikan suspek bersama kereta sebelum ditinggalkan di sebuah stesen minyak berhampiran kawasan kejadian.

Barangan milik isteri mangsa seperti rantai leher, gelang tangan dan dua telefon bimbit turut disamun dalam kejadian itu.

Kereta mangsa yang dilarikan kemudiannya ditemui di Jalan Persiaran, Bangi.
- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah