Thursday 23 January 2014

Pelokon Laksanakan #ProjekPikatSuami atas Kapal Terbang. #AnugerahMeleTOP



Sebelum ini mereka mereka menafikan perhubungan 'intim' lastly' bila dah kantoi baru nak nganku... kalau dah lentok-lentok ok lah... kot noh...


Selepas Zizan Razak tampil menafikan gosip mereka bercumbu dalam kapal terbang ketika perjalanan ke Amerika Syarikat baru baru ini, Emma Maembong pula hari ini tampil memberikan kenyataan beliau.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Emma Maembong berkata sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat ada masanya beliau tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.


“Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka tapi tidak pula keluar cerita”

“Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi yang kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman,” jelas Emma Maembong.

Emma Maembong turut berkata yang beliau merasa sedih apabila cerita itu dikeluarkan terlebih dahulu tanpa bertanyakan apa apa kepada dirinya atau Zizan Razak sendiri — tetapi seperti teman lelakinya, beliau juga tidak melatah akan isu ini.

Rotikaya

No comments:

Post a Comment