Wednesday 22 January 2014

Penjaga Kubur Jumpa Mayat BertatuLabah-Labah. @myberita


Mayat lelaki bertatu labah-labah dengan kesan kelar di leher ditemui dalam sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Kerayong, Sungai Besi, di sini Selasa. (Gambar Hiasan)

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata mayat lelaki yang berpakaian lengkap dan berumur lingkungan 20-an itu dijumpai seorang penjaga kubur kira-kira pukul 11.00 pagi. "Mayat ditemui dalam keadaan terlentang dengan kedua-dua tangannya terikat menggunakan pita pelekat.


"Hasil siasatan mendapati ada kesan kelar di leher mangsa selain tatu labah-labah di bahu kirinya. Mangsa dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08," katanya ketika dihubungi Bernama , Selasa.

Muhammad Azlee berkata polis percaya motif pembunuhan kerana dendam atau mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.

Tiada dokumen pengenalan diri mahupun senjata ditemui di lokasi kejadian. Mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, kata Muhammad Azlee. 

BERNAMA

No comments:

Post a Comment