Wednesday 29 January 2014

PRK #Kajang: Haram sengaja letakjawatan - Nasrudin @harakahblog @abby_abadi112


Pas menyifatkan tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan semata-mata mahu memberi laluan kepada orang lain bertanding dalam pilihan raya kecil adalah haram dan telah mengkhianati amanah serta memudaratkan rakyat.


Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pilihan raya merupakan sebahagian daripada perjuangan dan bukannya untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, pilihan raya adalah medan rakyat memilih pemimpin dengan penuh pengorbanan serta kepercayaan.

Malang bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau.

Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan komponen pakatan pembangkang.

Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengetepikan prinsip muafakat tetapi juga satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianatim amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini," katanya.


Kenyataan keras Nasrudin dibuat melalui akaun Facebook miliknya hari ini.

Sumber.

No comments:

Post a Comment