Monday 13 January 2014

@tianchua TELEPAS DARI FITNAH "SANDIWARA #LahadDatu . Siapa yang "DAYUS" ? !


lahad-bekas-polis513

Selepas ini.... Tak payahlah media2 nak pertahankan UMNO bila pemimpin pembangkang menyerang dan menuduh organisasi pejuangan Melayu ini. 
Mudah sangat nak berkompromi dengan pemimpin UMNO ni...kan, 

UMNO tarik balik saman terhadap Tian Chua

Kes saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan dua individu lagi berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu, Sabah hari ini selesai di luar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop merekodkan penghakiman persetujuan di dalam kamar selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman
berdasarkan terma yang dipersetujui.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh memberitahu pemberita bahawa berikutan persetujuan itu, UMNO menarik balik saman itu dan hakim merekodkannya tanpa menetapkan sebarang kos.

Di luar mahkamah, Tian Chua berkata, pihaknya kesal dengan penyiaran artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO - Tian' dan ia (artikel itu) bukan berniat untuk membabitkan UMNO.

Pada 11 April lalu, Ab Rauf memfailkan saman fitnah terhadap Tian Chua, Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac tahun lepas.

Selain itu, hakim turut merekodkan persetujuan Fazallah dan Aisha untuk menarik balik artikel berkenaan daripada laman web mereka. - BERNAMA

Sandiwara dan permainan putar belit pembangkang di mahkamah harus ditangani dengan lebih tegas demi menegakkan kebenaran yang sepatutnya.  Harus ada batasan yang digariskan untuk mengekang permainan pembangkang dalam sistem kehakiman. Rakyat mahu keadilan ditegakkan bukannya sistem kehakiman diperkotak-katikkan.

No comments:

Post a Comment