Saturday 25 January 2014

TNB UNTUNG RM1.73 bilion ? TAPI......................... @NajibRazak


kalu rugi org x marah .. ni untung bersih bilion2..nak naek lagi ka?? GLC kna tlg krajaan kurangkn beban rakyat.. patut kna turunkn la dah untung bk ..x gtu ka???


aku pun dah terkena... Bila Deposit dinaikan dari RM60 di tambah lagi.. menjadikan RM 120....

Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.73 bilion bagi tempoh suku pertama yang berakhir 30 November lalu, peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding RM1.42 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Prestasi kewangan kekal stabil dengan pendapatan Kumpulan bagi suku semasa dicatatkan pada RM9.6 bilion, meningkat lima peratus berbanding RM9.1 bilion yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, keuntungan operasi Kumpulan adalah lebih rendah iaitu pada RM1.52 bilion berbanding RM1.76 bilion dengan kadar penurunan sebanyak 13.4 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. berkata, sebahagian daripada penurunan ini adalah disebabkan oleh peningkatan kos penjanaan tenaga elektrik berikutan pembakaran bahan api yang lebih mahal iaitu Gas Asli Cecair (LNG), minyak dan minyak disuling apabila perlu.

Katanya, bahagian yang ditanggung oleh TNB bagi kos bahan api yang lebih mahal ini telah meningkat daripada 33 peratus kepada 50 peratus.

"Ini telah menyebabkan margin EBITDA yang lebih rendah sebanyak 28 peratus berbanding 31 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Azman, pertumbuhan sederhana permintaan elektrik di Semenanjung bagi suku yang dinilai adalah disebabkan oleh musim perayaan pada tempoh berkenaan.

Walau bagaimanapun jelas beliau, pertumbuhan permintaan elektrik dijangka meningkat pada suku-suku berikutnya selaras dengan unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang dijangka bertambah baik bagi tahun 2014.

"Sejajar dengan pertumbuhan permintaan elektrik pada suku pertama pada tahun kewangan semasa, perbelanjaan operasi telah meningkat sebanyak 8.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

"Bagi suku pertama tahun kewangan semasa, kadar cukai efektif yang lebih rendah bagi Kumpulan telah menyumbang kepada peningkatan keuntungan bersih diagihkan kepada pemegang saham sebanyak 22.6 peratus,'' ujarnya.

Kadar cukai efektif yang lebih rendah ini adalah terutamanya disebabkan oleh insentif elaun pelaburan semula yang direkodkan bagi tahun-tahun kewangan terdahulu dan juga pelarasan sekali gus peruntukan cukai tertangguh bagi mencerminkan penurunan kadar cukai pendapatan korporat daripada 25 peratus kepada 24 peratus seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014.

Menurut Azman lagi, pelaksanaan perintis peraturan berasaskan insentif (IBR) akan memacu kecekapan kos dan meningkatkan ketelusan dalam aspek operasi, kewangan dan prestasi teknikal syarikat.

"Kami komited dalam memenuhi peningkatan keperluan permintaan elektrik dan akan memastikan bahawa keperluan ini disempurnakan melalui perkhidmatan berkualiti tinggi bagi memenuhi jangkaan pengguna seperti yang digariskan di bawah Standard Prestasi Perkhidmatan Pembekalan Elektrik TNB oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia,'' ujarnya.

Menurut beliau, peringkat perkhidmatan dijamin (GSL) dan peringkat perkhidmatan minimum (MSL) telah dikenal pasti sebagai indeks prestasi utama untuk perkhidmatan pengguna di bawah sistem IBR.

Lembaga Pengarah terus menjangkakan prospek Kumpulan bagi tahun kewangan semasa akan kekal positif.

Lembaga Pengarah juga bersetuju untuk memberikan pengagihan pendapatan sesaham pada 30.74 sen sesaham berbanding 25.71 sen dalam tempoh yang sama tahun lalu. UTUSAN

No comments:

Post a Comment