Saturday 11 January 2014

@Zahid_Hamidi Tidak Setuju ISA diwujudkan semula. @KBAB51 @chedet_cc #KembalikanISA


Apala la kisahnya dengan Menteri Dalam Negeri..... bunyi kuatnya berdetum guruh dilangit semasa pemilihan UMNO 2013 di tambah pulak ketika PAU2013 dengarnya garam... tapi 'lembut' juga bila terkena 'air'.

Kenytaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak akan mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebaliknya, jelas beliau, kerajaan mungkin akan meminda akta keselamatan sedia ada atau mewujudkan akta-akta baharu yang bersesuaian.

"Akta baharu ini bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza politik tetapi demi keselamatan negara," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Ke-42 di sini hari ini menerusi utusan online.


Bekenaan saranan dari Tun M,  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyokong penuh cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar kerajaan mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam negara dapat dikekalkan.

Beliau berkata bagaimanapun Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya pihak penguat kuasa undang-undang dan terpulang kepada Ahli Parlimen untuk membuat cadangan undang-undang itu di Parlimen.

“Saya harapkan demikian (cadangan ISA diwujudkan). Jika Parlimen rasa ia sesuai untuk diwujudkan semula, kenapa tidak. Saya menyokong penuh setiap undang-undang yang boleh menjadikan negara lebih selamat,” katanya kepada pemberita dalam wawancara khas di Bukit Aman di sini, semalam.

Ditanya sama ada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang diperuntukkan kepada PDRM tidak memadai, Khalid berkata adalah lebih baik jika ISA diwujudkan kerana fungsi ISA dan SOSMA berbeza dan mengikut keadaan-keadaan tertentu untuk diguna pakai.

Kelmarin Dr Mahathir mencadangkan pelaksanaan semula ISA bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.

ISA perlu di wujudkan untuk menangani sikap dan kelakuan saperti DAP yang rasis serta pengkhianat yang sentiasa cuba mewujudkan ketegangan antara kaum serta jenayah berat.

KK : alahai ketam ketum doom dammm...jadi macam tin kosong jer...  jangan jadi menteri yang penuh dengan kenyataan sahaja....

4 comments:

  1. DSN DAN DZH MASIH TERAGAK2 UNTUK BERTEGAS DAN NAK BERSIKAP LEMBUT DENGAN PEMBANGKANG BERMAKNA MEREKA MENGALI KUBUR UNTUK BN DALAM PRU 14 - KAMI DAH BOSAN DAN LETIH MENYOKONG DAN MEMPERTAHANKAN BN/UMNO ......

    ReplyDelete
  2. KEBENARAN PENERBITAN AKBAR PEMBANGKANG WAJAR DITARIK BALIK KERANA BUDAYA MEMFITNAH YANG MELAMPAU2 . KAMI FAHAM PM DAN ISTERI PERGI BUAT UMRAH BARU2 INI KERANA TERTEKAN DENGAN FITNAH2 PEMBELIT RAKYAT ... APA LAGI, KAMI INGIIN LIHAT KETEGASAN PEMIMPIN UMNO... WALAUPUN BRIM DIBERI RM 10,000 SEORANG, MEREKA TETAP KATA BN TAK BETUL KERANA KEREKA ADA AGENDA JAHAT UNTUK MENGHANCURKAN KEAMANAN NEGARA....

    ReplyDelete
  3. Kerajaaan perlu bertegas dalam hal membabitkan undang2

    ReplyDelete