Ahad, 9 Februari 2014

DEMO "PANAS" TURUN HARGA GETAH DI BALING !! @azeezputera



Dulu hanya Malaysia, Indonesia dan Thailand yang mengeluarkan getah namun kini, beberapa negara lain termasuk Vietnam, Sri Lanka dan Kemboja turut menawarkan  hasil getah.

Demo yang dipersembahkan di Kampung Kejal, Kuala Ketil, yang diPimpin oleh beberapa pemimpin PAS termasuklah Adun Kuala Ketil, CiKgu Zuki hanyalah bertujuan untuk cuba meletakkan kesalahan terhadap kerajaan Malaysia.

Penawaran yang ada pada hari ini melebihi permintaan sekali gus menyumbang kepada penurunan harga. Ia tiada kaitan dengan Kerajaan Barisan Nasional atau kerajaan mana sekalipun. 
kejatuhan harga getah pada masa kini tidak dapat dikawal kerana ia tertakluk kepada kawalan harga semasa yang dilakukan oleh pasaran dunia. 





Lebih daripada 50 peratus penduduk di daerah ini Baling menjalankan aktiviti pertanian dan kebanyakannya adalah melibatkan pertanian getah. Harga Getah kini semakin merudum sehingga paras RM2.50 sekilogram berbanding RM2.80 sebelum ini. 


Penoreh cadang kerajaan tetapkan harga lantai getah - Mahdzir
Golongan penoreh khususnya di kawasan pedalaman memohon supaya kerajaan mencari mekanisme terbaik termasuk mempertimbang menetapkan harga lantai getah, bagi memastikan mereka tidak terlalu terjejas ketika harga getah jatuh menjunam.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan itu disuarakan ketua masyarakat yang mendakwa pendapatan mereka merosot teruk akibat harga getah pada masa kini agak rendah. 

"Syor ini akan dibawa kepada kerajaan. Satu masa dulu harga getah berada pada RM7 sekilogram, kemudian sekitar RM4 sekilogram, tapi sekarang RM2.68 sekilogram. 

"Kalau ada harga lantai tu maknanya harga getah (minimum) sampai situ sajalah, kita akan serah kepada kerajaan untuk buat kajian mengenai cadangan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Touch Point kepada 300 masyarakat Parlimen Padang Terap, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Padang Terap berkata golongan penoreh terutama yang bergantung sepenuhnya kepada hasil getah agak terbeban dengan keadaan naik turun harga getah yang tidak menentu.

"Pada Disember dua tahun lalu, ketika nak buat persiapan untuk sekolah harga getah RM4.50 sekilo, Disember lepas RM2.60, beza lebih kurang RM2 juga. Jadi kita harap kerajaan dapat cari mekanisme terbaik untuk selesai masalah ini," katanya.

- BERNAMA


KK : Mengharapkan kerajaan melakukan sesuatu demi menstabilkan harga getah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah