Khamis, 6 Februari 2014

Gempar !! Cara Memohon Baucar Kerja RM 35 Sehari Online. @NajibRazak @BuletinTV3


Cara Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM 35 Sehari Online | Program ini ditubuhkan bagi membantu golongan miskin yang menetap di bandar bagi menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai program bantuan baucar kerja dan langkah untuk mengemukakan permohonan.

Syarat Kelayakan Program Baucar Kerja 2014 Online

  • Individu berpendapatan bawah RM 3,000
  • Menetap dikawasan bandar
  • Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
  • Golongan tidak bekerja
  • Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih



Cara Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Online

1. Individu yang layak perlu tersenarai dalam golongan miskin menerusi pangkalan data laman e-kasih. Laman E-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

2. Bagi yang layak, sila laporkan kemiskinan menerusi laman Borang Ekasih Kebajikan Masyarakat

3. Semakan nama yang tersenarai dalam keluarga golongan miskin boleh disemak menerusihttps://ekasih.icu.gov.my/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx


Cara Manual Pendaftaran Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari

1. Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.

2. Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.


Keputusan Permohonan Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari

Individu yang layak akan dihubungi secara terus oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.


Kriteria Pemilihan Bantuan Baucar Kerja

  • Khusus bagi individu yang tersenarai dibawah golongan miskin bandar
  • Mempunyai maklumat data kemiskinan menerusi portal ekasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Hanya yang benar-benar layak sahaja terpilih
  • Tarikh Pelancaran Program Baucar Kerja 2014
  • Program Baucar Kerja 2014 akan dilancarkan mulai April 2014


Definisi Ekasih

Merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk mengenalpasti mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan berdasarkan kepada syarat dan kriteria bantuan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah