Selasa, 11 Februari 2014

"Hasrat Abang Non Jadi MB kian PUDAR" #PKR #Kajang

dewan-ulama-pas

"... kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada," katanya sambil mengalu-alukan keputusan Lajnah Politik Pas untuk membantu PKR pada pilihan raya kecil nanti.

Pas Selangor belum 'restu' Anwar jadi MB.

Pas Selangor belum menetapkan sebarang persetujuan berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meletakkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjadi Menteri Besar.

Pendirian itu dinyatakan oleh Yang Dipertua Pas Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi yang setakat ini beliau dimaklumkan Pas Selangor masih berpegang pada keputusan Pas Pusat sebelum ini iaitu isu perubahan jawatan Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan.

Sebaliknya, beliau berkata, Pas negeri akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan parti di peringkat Pusat mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

"Setakat ini, Pas negeri hanya akan memberikan tumpuan terhadap urusan kempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Bagi soal jawatan Menteri Besar Selangor, kita akan bincangkan di peringkat Pas Pusat nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Yunus mengulas kenyataan Anwar baru-baru ini berhubung Abdul Khalid yang akan mengambil alih tempatnya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor jika beliau menjadi Menteri Besar.

Sungguhpun begitu, pandangan Anwar dan Abdul Khalid mengenai soal jawatan itu dilihat tidak selari dengan pendirian Pas apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan pada 4 Februari lalu menegaskan isu kedudukan Menteri Besar Selangor tidak berbangkit meskipun parti itu akan membantu jentera PKR dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang pada 23 Mac ini.

Malah Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat sebelum ini juga secara terbuka menolak Anwar sebagai Menteri Besar Selangor selain menyifatkan polemik DUN Kajang itu tidak perlu mengheret pakatan pembangkang bagi membincangkan jawatan MB.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah