Thursday 6 February 2014

MEMANG DIJANGKA !! JDT DIBERI KEMENANGAN 3-0, MARA KE SUKU AKHIR PIALA FA 2014 – FAM. #JDTVST-TEAM@KhairyKj @ASTROARENA@BeritaSukan


Rasanya ramai sudah menjangkakan keputusan ini dan peminat bola sepak tanah air pastinya tak akan terkejut langsung dengan pengumuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menerusi sidang media khas di Wisma FAM sebentar tadi, FAM memutuskan memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Takzim (JDT) sekali gus melayakkan pasukan itu ke peringkat suku akhir Piala FA 2014.

KLIK : CARI PASAL !! T-TEAM KESAL TINDAKAN PEMAIN 


Memetik sumber Berita Harian, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, keputusan itu dicapai selepas mengambil pertimbangan semua aspek termasuk keterangan daripada wakil kedua-dua pasukan, pegawai perlawanan dan pengadil. Beliau juga berkata, tiada denda dikenakan terhadap pasukan T-Team tetapi amaran keras diberikan kepada JDT supaya perkara sama tidak berulang.


FAM

“Kemenangan itu diberikan berdasarkan Peraturan 4.12.15b mengikut Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 bahawa pasukan lawan dengan sengaja menarik diri dan gagal bermain tanpa alasan yang kukuh. Mengenai insiden di dalam terowong di Stadium Larkin, Sabtu lalu, pengadil perlawanan sudah mengarahkan supaya T-Team meneruskan perlawanan namun mereka enggan,” katanya.


No comments:

Post a Comment