Sunday 23 February 2014

Pelancong Kecewa Jambatan Gantung Langkawi Masih Ditutup. @MukhrizMathir #HanyaDiKedah



Tahun 2014 merupakan tahun Melawat Malaysia. Namun, salah satu destinasi tarikan utama pelancong ditutup kepada orang ramai.

Jambatan Gantung Panorama Langkawi yang merupakan antara jambatan paling menggerunkan di dunia telah ditutup hampir 20 bulan kerana kelewatan dalam mendapatkan dana dan perunding luar untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Penutupan itu mengecewakan kebanyakan pelancong sama ada di dalam mahupun luar negara yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di atas jambatan gantung sepanjang 700 meter di atas paras laut dari Gunung Mat Chinchang.

 

Jambatan tersebut yang merupakan sebahagian daripada projek kereta kabel bernilai RM80 juta dijangka hanya dibuka pada lewat tahun ini.

Friends of Langkawi Geopark atau FLAG berkata kebanyakan pelancong asing khususnya amat kecewa kerana mereka sanggup terbang ke negeri itu untuk merasai pengalaman melalui jambatan gantung tersebut.

Timbalan Presidennya, Pishol Ishak berkata; "kami tahu apa yang mereka katakan kerana mereka sentiasa mengadu kepada kami."

TriAdvisor- laman web penggembaraan terbesar dan terkemuka dunia - menyenaraikan Jambatan Gantung Langkawi sebagai antara lima jambatan gantung paling menggerikan di dunia.

Jambatan gantung tersebut yang menarik kira-kira 400,000 pengunjung setahun, pernah menghiasi pelbagai majalah dan laman web pelancongan di luar negara.

Jambatan gantung itu turut menempa nama apabila pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan melakukan penggambaran filem Don:The Chase Begins Again pada 2006.

Difahamkan jambatan gantung yang beroperasi selama 10 tahun itu ditutup sejak 10 Julai 2012, sebulan sebelum Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) membeli Panorama Langkawi Sdn Bhd atau PLSB yang masih mengendalikan jambatan gantung itu dan kereta kabel dari Syarikat Prasarana Negara Berhad.

Ketua Pegawai Operasi PLSB, Mohd Ali Makkit berkata, keselamatan pelanggan adalah menjadi keutamaan mereka walaupun terpaksa menutup jambatan gantung itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Kami harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pereka dan arkitek jambatan tersebut, dimana ia perlu ditutup untuk penyelenggaraan selepas enam tahun," kata Ali kepada Sunday Star.

PLSB perlu memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan."Ia bukan muda untuk mendapatkan peruntukan yang banyak untuk penyelenggaraan dan kebiasaannya proses itu memakan masa selama setahun sebelum kami mendapat peruntukan. Kami memohon peruntukan dengan serta-merta selepas pengambilalihan itu. Ia telah diluluskan dan kerja-kerja penyelenggaraan dijangka bermula April ini," katanya.

Berhubung kelewatan itu, beliau menjelaskan, ia turut disebabkan oleh keperluan untuk mendapatkan khidmat kontraktor sebenar selain arkitek dan perunding reka bentuk dari Switzerland untuk melakukan kajian.

"Kerja-kerja penyelenggaraan akan dibahagikan kepada dua fasa, dengan fasa pertama adalah membaik pulih struktur utama jambatan tersebut dengan kos lebih RM10 juta. Kos itu turut termasuk menggantikan dan membaik pulih struktur keluli untuk stesen kereta kabel di puncak," katanya.

Pada fasa kedua, RM8 juta akan dibelanjakan untuk membina inclinator untuk membawa pengunjung ke jambatan tersebut.


No comments:

Post a Comment