Jumaat, 28 Februari 2014

SAMAN 100JUTA : "SEBENAR DIA BUKAN SAYA" !! @anwaribrahim



"Anwar Ibrahim harus bertaubat, itu mesej saya kepada beliau sama seperti yang pernah dikatakan oleh peguam bela anwar di dalam kes liwat, Karpal Singh,



Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris menyatakan tidak terkejut dan sudah menjangka dengan keputusan mahkamah mengarahkan beliau membayar RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azri berkata, sejak dari mula perbicaraan lagi hakim yang mengadili kes tersebut sudah dilihat berat sebelah dan sering tidak mengendahkan tuntutan pihak defendan.

"Sebenarnya memang dan dijangka saya akan kalah, kerana sejak mula lagi pihak mahkamah dilihat berat sebelah dengan tidak membenarkan pihak defendan mempertikaikan kenyataan saksi pertama, Mohamad Fauzi di mana kenyataan saksi tersebut di empat mahkamah sebelum ini bercanggah," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.

Sementara itu, Azri terus menafikan bahawa beliau merupkan pengendali blog kontroversi PapaGomo.com kerana baginya pihak defendan masih tidak mampu membuktikan dengan jelas bahawa beliau penulis blog kontroversi itu.

Beliau turut mencabar Anwar supaya dapat membuktikan bahawa individu di dalam video yang dimuat naik di dalam blog tersebut bukan dirinya.

"Saya bukan papagomo dan selagi tiada bukti yang kukuh memang orang boleh cakap bahawa papagomo itu adalah saya tetapi jelas ia bukan saya, sama seperti kenyataan Anwar sebelum ini mengenai gambar tersebut yang menyatakan muka sepertinya tetapi bukan beliau.

"Saya membuka soalan  kepada Anwar adakah beliau merupakan individu di dalam video tersebut? sekiranya bukan beliau boleh bawa orang yang dikatakan mirip beliau ke mahkamah.

"Anwar Ibrahim harus bertaubat, itu mesej saya kepada beliau sama seperti yang pernah dikatakan oleh peguam bela anwar di dalam kes liwat, Karpal Singh," ujarnya.
 
Sementara itu, Peguam Wan Azri, Jasbeer Singh berkata, pihak mahkamah tidak mengesahkan bahawa Wan Azri merupakan penulis blog tersebut.

Katanya, mahkamah hanya menggunakan alasan pihak Plaintif berjaya membuktikan kes alasan penghakiman akan diberikan pada suatu tarikh yang belum ditetapkan.

"Mahkamah tidak mengesahkan apa-apa dan mahkamah membuat keputusan dengan alasan plaintif telah membuktikan kes dan alasan penghakiman akan diberikan pada tarikh yang lain.

"Kami memang tidak puas hati dengan keputusan dan saya akan failkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada isnin depan bagi membantah keputusan ini," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah