Sunday 9 February 2014

VIDEO AMUKAN PENYOKONG : KFA GESA PBNJ TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN #JDTVSKDH . @KhairyKj @ASTROARENA @BeritaSukan


Adalah diingatkan kepada para penyokong serta peminat bola sepak tempatan. Sukan adalah salah satu cara untuk menjalinkan perpaduan diantara rakyat. Jangan ianya dijadikan medan untuk berbalah sesama sendiri. - Berita Pahang




KFA GESA PBNJ TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN

JITRA, 8 Feb: Persatuan Bolasepak Kedah, KFA meminta Persatuan Bolasepak Negeri Johor, PBNJ meningkatkan kawalan keselamatan di Stadium Larkin pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara skuad Helang Merah menentang JDT di gelanggang itu, Selasa ini.

Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar berkata, aspek keselamatan perlu diberi perhatian yang sewajarnya baik didalam mahupun di luar stadium.

Beliau berkata, KFA mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada PBNJ bagi memastikan aspek keselamatan pemain dan pegawai serta penyokong Kedah terjamin.

”saya yakin peringkat suku akhir ini merupakan peringkat yang penting dan ianya sudah tentu pemain akan bermain mati-matian bagi membantu kemenangan pasukan masing-masing begitu juga dengan sokongan peminat.”

”Kita juga memohon kepada pihak polis untuk memberi kerjasama yang terbaiklah kepada peminat sama ada peminat Johor atau peminat Kedah yang akan bertandang ke Johor Bahru nanti.” Katanya kepada Berita RTM Kedah di Jitra, malam tadi.

Sementara itu, mengulas perlawanan tersebut, Aminuddin berkata, JDT bukanlah sebuah pasukan yang lemah kerana mempunyai barisan pemain berstatus bintang dan berpengalaman.

Namun katanya, Kedah juga telah melakukan persiapan yang rapi dan bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi perlawanan itu.

”Kita tidak bimbang untuk berjumpa dengan mana-mana pasukan sekalipun, yang penting pada saya pemain perlu memberi fokus apa yang telah diarahkan oleh Ketua Jurulatih dan bermain untuk mencapai kemenangan pada perlawanan itu..”katanya.-Berita RTM Kedah.

Sumber: Berita RTM Kedah

No comments:

Post a Comment