Saturday 1 February 2014

VIDEO SAYU !! Jenazah Adik Zulaikha 7 Tahun Yang Dikelar Bapanya . @Buletintv3

Jenazah kanak-kanak berusia 7 tahun yang dikelar bapanya, Zulaikha Norazman
tiba di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi ( Sungai Tangkas) untuk dikebumikan.


Kejadian menyayat hati tersebut berlaku di rumah keluarga berkenaan ketika suspek berada di tingkat bawah bersama ketiga-tiga anaknya itu termasuk dua kakak mangsa berusia 10 dan 12 tahun.

Kedua-dua kakak mangsa yang cedera parah di belakang leher dan seorang lagi putus beberapa batang jari tangan, dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Semasa tragedi pukul 4.15 petang itu, seorang lagi anak suspek berusia 17 tahun yang berada di tingkat atas rumah berkenaan tidak menyedari kejadian tersebut.



No comments:

Post a Comment