Monday 31 March 2014

DERITA KE RAKYAT DAERAH BALING SAMPAI TERPAKSA MINTA SEDEKAH ? #HanyaDiKedah @azeezputera @MukhrizMahathir



Artikel kali ini KK nak kongsikan tentang betul ke RAKYAT BALING ni "DERITA" ????. Untuk pengetahuan pembaca semua pada 5 April 2014 ni pihak PAKATAN HARAM nak buat satu perhimpunan yang dipanggil "HIMPUNAN DERITA RAKYAT". 

Rakyat Mana yang menderita...... Mungkin KK yang sedang "menderita" sekarang ini...? tika ini mungkin ramai yang mengenali KK melihat kegembiraan dan keceriaan diraut wajah KK... tetapi siapa tahu didalamnya .... mungkin ini artikel terakhir dari KK, yang akan "berfantasi " dan "berehat" seketika dari DUNIA POLITIK .... 

Bebalik kepada HIMPUNAN DERITA tadi.... 

Tujuan mereka melakukan perhimpunan ini adalah untuk menunjukkan kepada semua RAKYAT MALAYSIA tentang konon-kononnya RAKYAT BALING ini menderita kerana kenaikan HARGA BARANG.

Soalan KK : MENDERITA KE RAKYAT DIBALING NI ??? 

Pada pemerhatian KK selama ni, kebanyakkan orang-orang yang susah atau boleh diketegorikan sebagai miskin ni sebenarnya mempunyai sebuah keluarga dan sihat tubuh badan untuk bekerja. Apa yang mereka buat adalah buat kerja kampung yang mereka sendiri tahu pendapatan kerja kampung ni adalah sedikit. 

Pada pendapat KK ini terjadi kerana masalah mereka sendiri, iaitu suka hidup dalam kepompong yang sama dan tidak ada usaha untuk majukan diri dan pendapatan keluarga dan hanya mengharap bantuan daripada kerajaan. 

Jika bantuan itu tidak sampai ke tangan mereka, dengan tanpa usul periksa mereka terus menyalahkan kerajaan seperti RAKYAT MALAYSIA ni dia sorang je. Kalau orang yang betul-betul sakit dan tak boleh bekerja itu adalah dikecualikan. 

Adakah kerana kesalahan diri sendiri yang suka jadi KATAK BAWAH TEMPURUNG ni sampai kerajaan yang dipersalahkan kerana kebodohan mereka. Memang KK tidak menolak yang kini harga barang naik. 

KK menyeru kepada semua pembaca sedarlah kenaikan harga barang ni adalah salah satu proses negara ke arah kemajuan. Untuk pengetahuan pembaca juga subsidi yang Kerajaan kurangkan untuk minyak dan gula adalah bertujuan menstabilkan ekonomi negara. 

Jika ekonomi tidak stabil, cuba pembaca semua fikir adakah RAKYAT MALAYSIA akan dapat BR1M dan bantuan-bantuan lain yang selama ini diberi oleh Kerajaan. Realiti yang dapat dilihat disini, harga minyak dan gula tidak naik tapi sebenarnya subsidi dikurangkan yang menyebabkan harga naik sedikit. 


Pada perhimpunan "DERITA RAKYAT" ni, KK pun tak tau betul ke perhimpunan tu untuk membela rakyat atau diadakan untuk memenuhi nafsu politik pemimpin PAKATAN HARAM yang terus menghasut RAKYAT MALAYSIA dengan fitnah dan dakyah yang bohong selama ini. 

KK ingin bertanya kepada semua pembaca apa yang PAKATAN HARAM tu dah bagi dan buat apa pada RAKYAT MALAYSIA yang boleh dibanggakan. Apa yang mereka buat hanya kutuk Kerajaan dan buat Demonstrasi untuk jatuhkan Kerajaan.

GEMPAR !! LAGI GURU CUBA HASUT RAKYAT DEMO "HARGA GETAH" SIRI 2 . @MuhyiddinYassin #HanyaDiKedah @BuletinTV3



Ini status yang ditulis oleh seorang yang berpendidikan tinggi.. seorong guru, yang setiap hari menghasut rakyat. Cubalah berfikir sewaras yang mungkin... apabila diadakan dialog bersama agensi yang terlibat "hang" tak dak teloq nak mai... "face to face" dengan agensi yang bertangunggjawab.... 



"Hang" lebih suka "terkinja-kinja" memekik melolong.... ini sikap seorang pendidik... masih ingat tak lagi... memang sikap guru sebuah sekolah ni suka sangat berdemo.. kepada pihak PDRM jangan "anda berani berdepan dengan saudara Asri ni...."..  sememang agenda mereka bukanlah hendak membela nasib penoreh tetapi ingin mebela si peliwat dalan road show Reformasi 2.0...


Sedikit cerita Mogok Lapar di Baling.
Cerita mati kebuluran 17 Disember 1974, itu telah menggemparkan negara berikutan dengan tunjuk perasaan pelajar-pelajar institusi pelajaran tinggi di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dari ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) diikuti dengan tunjuk perasaan penoreh-penoreh getah di Baling sendiri dihadapan Menteri Perusahaan Utama Datuk Musa Hitam.

Penoreh

Kehidupan para penoreh getah di sini benar benar tertekan kerana harga barangan keperluan meningkat dan harga sekati getah turun hingga kepingkat lebih rendah dari harga sekati gula iaitu 25 sen (sekati getah 15 sen).

Maka apabila pelajar-pelajar dari Kuala Lumpur masuk ke kampung kampung di Baling dan ke daerah yang berhampiran Sik dan Jeniang menghasut penduduk melancarkan "mogok lapar" bagi membantah penurunan harga getah, secara sepontan lebih 10,000 orang telah keluar berhimpun di hadapan Pejabat Daerah Baling yang berhampiran dengan Masjid Baling sempena kedatangan Menteri Perusahaan Utama Musa Hitam yang diutuskan khas oleh Tun Abdul Razak bagi menyelesaikan masalah penurunan harga getah itu.

Mereka mengadakan tunjuk perasaan hingga merempuh pintu pagar Pejabat Daerah Baling dan menurunkan bendera negeri Kedah dari tiang bendera di hadapan pejabat itu dan menaikan seberkas ubi kayu yang diikat pada tali bendera. Sesetengah mereka membawa parang dan cangkul.

kk pernah menulis cerita seorang lagi guru yang cuba menghasut Disini PART 1





MISTERI #MH370: Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik


Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.


“Teori ini menguatkan lagi segi teorihuman interference(perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiadacornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.


Sunday 30 March 2014

Rakyat Baling suka berhimpun ? @MukrizMahathir @PDRMsia @azeezputera #HanyaDiKedah


Pejabat Daerah Baling telah menganjurkan MAJLIS TAKLIMAT PENERANGAN HARGA GETAH di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling, Kedah yang berlansung pada 27 Mac 2014 yang lalu.  (Gambar hiasan jer kat atas tu....) 

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menerangkan tentang bagaimana harga getah dikawal dan dialog antara penoreh, peraih dan jabatan-jabatan yang dijemput. Antara jabatan yang dijemput hadir adalah Lembaga Getah Malaysia, RISDA, FELDA, FELCRA dan MARDEC. 

Tetapi apa yang amat mengecewakan adalah jumlah kehadiran tetamu pada majlis tersebut. Pihak penganjur menyasarkan kehadiran seramai 1,000 orang tetapi apa yang dilihat kehadiran pada majlis tersebut hanya seramai lebih kurang 300 orang sahaja. 


Adakah RAKYAT BALING suka berhimpun? 

KK rasa betul kot sebab mentaliti sesetengah rakyat Baling lebih suka berhimpun dari mendengar penerangan dari pihak yang menguruskan tentang harga getah ni. Pada KK Platform HIMPUNAN DERITA RAKYAT yang akan diadakan pada 5 April 2014 yang dianjurkan oleh PAKATAN RAKYAT adalah dirasakan oleh rakyat Baling medium terbaik untuk mendesak Kerajaan menaikkan harga getah. 

Mentaliti seorang Guru Sekolah...... 

KK ingin menasihatkan pada Rakyat Baling janganlah tertipu dengan dakyah dan fitnah oleh PAKATAN HARAM tu sebab masalah ni tak dapat diselesaikan dengan adakan himpunan mahu pun rusuhan. 

Setiap masalah boleh dibincangkan melalui saluran yang mengikut undang-undang. Tapi pada KK majlis tersebut tak dapat sambutan adalah kerana pihak penganjur tidak membuat hebahan dan sebaran terhadap majlis tersebut sangat kurang, seolah-olah majlis tersebut hanya mahu orang-orang yang tertentu hadir. 

Bukankah majlis seperti itu seharusnya disasarkan kepada Semua Rakyat Baling. Dalam situasi kini tentang isu harga barang naik pihak Kerajaan seharusnya mengadakan lebih banyak majlis-majlis penerangan tentang isu yang kini giat diperkatakan jika ingin mengekalkan pemerintahan yang diperolehi selama ini.


KK bukanya hendak meletakan atau hendak menyalahkan mana-mana pihak berkenaan Majlis Penerang tersebut yang kurang mendapat sambutan. Seharus dialog seperti haruslah lebih menarik perhatian serta dapat mendapat sambutan dari Rakyat Baling.. Apakah ada unsur Sabotaj terhadap majlis tersebut ????? 

"PESAWAT #MH370 SAH DIRAMPAS" @RTM_Malaysia MOHON MAAF



GENGSTER `AKULAH PENYELAMAT DUNIA BIKIN PM @NajibRazak "GOYANG". @PDRMsia


Tak boleh tangkap, Siasat & dakwa dan terus masuk penjara, ke?
bahaya dia ni kalau dibiarkan dia bebas. Sudah ia akan menjadi wabak yang akan merbak kepada 'pelampau' lain. Polis jangan tunggu lama....



Kalau tangkap satu dan sumbat kat penjara baru le yang lain sedar dan takut nak buat.



Inilah akibat akta ISA dan ordinan Darurat dah dihapuskan, jadi ramailah dah jadi mulut
longkang...cakap serta tulis tak tahu nak fikir...mungkin sekolah2 di Malaysia ni dah melahirkan manusia yg tidak tahu berkasih dan berhati perut....sebaliknya menjadi
manusia robot yg berhati kering terhadap pemimpin2 negara serta negaranya sendiri.


Antara komen yang terpilih di sini

Saturday 29 March 2014

#MH370: Shila Amzah dikecam terukrakyat China


Shila Amzah dikecam teruk rakyat china - Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.


Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama bekas kekasih Sharnaaz itu dengan tragedi pesawat MH370.

Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.


"This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality." "As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\​​' patriotic dog \ '\​​', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?"


"Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you." - wancrazykid

Friday 28 March 2014

Misteri #MH370 : Satelit Thailand kesan 300 objek.





BANGKOK 27 Mac - Satelit Thailand hari ini mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik, Anond Snidvongs berkata, objek tersebut yang dianggarkan berukuran antara dua hingga 18 meter bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer (km) di barat daya Perth.

"Bagaimanapun, kami tidak berani mengesahkan objek yang dikesan itu merupakan serpihan pesawat MH370. Akan tetapi, pihak kami telah menyampaikan maklumat terbabit kepada kerajaan Malaysia," katanya.

Menurut Snidvongs, semua imej berkenaan telah diambil oleh satelit pemerhatian negaranya pada Isnin lalu, namun memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Beliau berkata, objek tersebut dikesan kira-kira 200 km dari kawasan perairan yang m
mempunyai objek dipercayai MH370 hasil cerapan satelit Perancis, sebelum ini.

Thailand dikritik hebat berikutan kelewatan membuat pengumuman iaitu seminggu selepas insiden kehilangan kapal terbang itu bahawa radarnya telah mengenal pasti sebuah pesawat tidak dikenali beberapa minit sebelum MH370 menghantar maklumat lokasi terakhir.

Menurut Tentera Udara Thailand, pihaknya tidak melaporkan penemuan awal itu kerana
menganggapnya bukan ancaman. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lalu mengumumkan pesawat berkenaan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi berhampiran barat Perth, Australia.

Pesawat MH370 yang membawa sebanyak 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China. Operasi mencari bangkai pesawat MH370 dihentikan hari ini disebabkan keadaan cuaca buruk. 
- AFP

PUNCA TUDM TIDAK PINTASPESAWAT MISTERI YANG MUNGKIN#MH370 TERJAWAB ?


Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pernah melaporkan bahawa mereka telah berjaya mengesan pesawat misteri menerusi radar utama merek a yang dilihat berpatah balik pada hari kejadian pesawat MH370 hilang.


Bagaimanapun TUDM tidak mengambil tindakan selanjutnya selepas mengesan pesawat itu dan ianya dipertikaikan banyak pihak.

Akhirnya menerusi satu laporan berita, pihak TUDM sudah memberikan punca dan sebab musabab kenapa mereka tidak bertindak memintas pesawat berkenaan.

BACA JUGA: TUDM SANGKA PESAWAT DIARAHKAN MENARA KAWALAN UNTUK BERPATAH BALIK ?

Mengapa TUDM Tidak Bertindak? Ini Jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri:

Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia mungkin menerima arahan menara kawalan trafik udara.

Pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.


TUDM mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat tidak memberikan ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.


Radar TUDM hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja.

Mengapa TUDM Mengambil Masa Untuk Umumkan Radar Berjaya Kesan Pesawat berpatah Balik ?

TUDM berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan (TUDM) juga melakukan SOP TUDM untuk mengesannya, TUDM atau pihak berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan 100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Itu antara penjelasan dari Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. Sudah tentu TUDM ada sebab tidak bertindak.

Namun seperti biasa, sebab tidak bertindak itu menyebabkan ia menjadi salah satu sebab kenapa kehilangan MH370 menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Apapun diharapkan pelbagai pihak akan meneruskan usaha mencari dan mengesan pesawat MH370. Semoga segalanya berjalan lancar.

Sumber asal: Berita Semasa

Ramai @PDRMsia yang perut buncit – TunM

Seorang pegawai kanan polis dari Maktab Polis DiRaja Malaysia telah bertanya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bagaimana mantan Perdana Menteri itu menjaga kesihatan yang pada usia lebih 80 tahun masih kelihatan sihat dan muda.


"Minta maaflah kalau saya cakap terlalu ramai polis mempunyai perut yang buncit berbanding saya yang sentiasa kempis.

"Paling buruk kalau saya bertembung dengan polis berperut buncit mengenakan tali pinggang dibawah pusat". Itu jawapan Dr. Mahathir sambil tersenyum.


Jelas Dr. Mahathir lagi, kalau makan, pastikan tidak sampai kenyang walaupun hidangan yang disediakan itu sedap.

"Mak saya (Allahyarhamah) selalu berpesan kalau nak badan cantik, perut tak buncit, jangan makan sampai kekenyangan.

"Makan terlalu banyak dan sampai kenyang akan menyebabkan perut cepat membesar apa lagi kalau tidak melakukan senaman untuk keluar peluh," ujarnya.
Untuk kelihatan muda, Mahathir dengan ringkasnya menjawab, jangan merokok dan jangan minum arak.

"Narkotin dalam rokok dan alkohol dalam arak akan cepat mematikan sel kulit yang boleh menyebabkan ia cepat mengendur dan kita akan cepat kelihatan tua pada usia sebenar.

"Jadi, kalau nak selalu nampak muda, berhentilah merokok dan berhenti minum arak," katanya sambil ketawa.

Apa pun katanya, polis perlu sentiasa menjaga kesihatan pada tahap terbaik setiap masa agar tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan.
-Malaysia Gazette

Thursday 27 March 2014

hOT !! Video BOMOH KESAN MANGSA #MH370 DILALUTAN HINDI.




Satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.


UFB mahu pihak berkuasa agama Islam di negara ini mengambil tindakan terhadap amalan berunsur syirik yang dilakukan oleh segelintir pihak kononnya untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.

Amalan itu bukan saja mencemar nama baik umat Islam di negara ini keseluruhannya tetapi menjejaskan juga imej negara kerana dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang jadi pintu keluar masuk negara.

"Kita bukan hendak menghukum semua bomoh. Jampi bukan tidak ada dalam Islam, ada. Tetapi ruqyah atau jampi dalam Islam hanya dengan membaca Al-Quran saja.

"Dalam Islam, kita berdoa memohon pertolongan kepada Allah," kata Fathul Bahri kepada Astro AWANI.

Beliau mengulas kenyataannya di Twitter yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370.-aSTROAWANI

"Hujah Paling Dangkal Terhadap @SaifulBukhari "



"A'uzubillahi minas syaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat.

Wallahualam".


 Sumpah Laknat Saiful Bukhori Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan....
Pada hari ini, Khamis 13 Sya'ban 1429, bersamaan 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan (Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687) dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

Majlis Peguam, yang merupakan penyokong kuat pembangkang menegaskan dengan jelas bahawa perbuatan liwat diantara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka.

Agak menghairankan sehingga kini para pasrasit ini memilih untuk menjadi syaitan bisu tanpa sebarang komen terhadap kenyataan Majlis Peguam ini? Adakah para pasrasit ini bercadang mahu mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Christopher Leong  dan Majlis Peguam berdasarkan Kitab Jinggay mereka?

Berhentilah daripada terus menjadi bodoh dan memperbodohkan orang lain! BACA PENDEDAHAN ILMIAH DI BAWAH INI :-

 http://zul4kulim.blogspot.com/2014/03/hudud-qazaf-terhadap-saiful.html

Wednesday 26 March 2014

Video Terbaru #MH370 : Ritual Seru MayatUntuk Timbul – Raja Bomoh


Walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ‘ritual’ dengan caranya yang tersendiri bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh
beberapa buah negara asing.

Tonton videonya di pautan http://youtu.be/AxuVDs1hc64

Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.

Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).

Ibrahim ketika ditemui berkata, menurut firasatnya pesawat tersebut telah terjatuh di Lautan Hindi. “Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi.

“Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.

“Upacara yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa kepada Allah agar mayat mereka timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin tuhan ia akan timbul,” katanya.

Sebagai simbolik, Ibrahim menggunakan teropong, kerantung kayu dan buluh runcing. “Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing bagi menarik mangsa.

“Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah,” ujarnya lagi.

Video !! Luahan Hati Isteri Pramugara MAS #MH370 #PRAYFORMH370 @BuletinTV3



Intan Maizura Othman isteri kepada Hazrin Hasnan, Pramugara dalam pesawat MAS MH370 redha dengan Takdir yang menimpa suaminya itu.. Ikuti luasan isteri yang cekal menerima ketentuan ilahi....

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul bebannya. Apa lagi yg boleh kami buat utk membantu? Tabahlah. Sesungguhnya suamimu kini berada di tempat tertinggi....

 

MISTERI #MH370: Boeing, @MAS Berdepan Tindakan Mahkamah.


Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi.

Difahamkan, dokumen mahkamah telah difailkan di mahkamah di Chicago.

Wakil-wakil dari syarikat yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan mahkamah.

Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang penerbangan yang terkemuka di dunia.

Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239 mangsa terlibat dalam proses litigasi.

Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu.

Tuntutan terbaharu telah difailkan di mahkamah Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas.

Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera.- mSTAR

Enjin Pesawat Malindo Air Enjin Terbakar Selepas Misteri #MH370



Kemenangan pasukan bola sepak Terengganu bertukar tragis apabila pesawat penerbangan Malindo Air yang mereka naiki terpaksa berpatah balik kerana enjin turbin pesawat terbakar.

Pemain tengah Terengganu Faiz Subri menyiarkan gambar turbin yang terbakar dan berkata pesawat itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.

Kesemua mereka di dalam kapal terbang selamat.

Kapal terbang itu dijadualkan kembali ke Kuala Terengganu pada Rabu selepas pasukan Terenggau menewaskan ATM FA 3-0 di Stadium Selayang pada Selasa.

Menurut Terengganu FA, pasukan itu mengambil penerbangan pagi ini dan salah seorang daripada ahli kakitangan berkata pemain-pemain telah menyiarkan gambar-gambar di laman media sosial mereka.

Sementara itu, Malindo Air dalam satu kenyataan media mengesahkan kapten penerbangan itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang setelah telah sistem pengesan kebakarannya memberi amaran kebakaran.

Ketika itu penerbangan berada di paras 7,000 kaki.

Semua penumpang selamat dan mereka dipindahkan ke penerbangan lain ke Terengganu.

Menurut kenyataan tersebut, punca kebakaran masih disiasat dan pihaknya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan syarikat enjin dan pembuatan.
Dalam perkembangan yang sama, syarikat penerbangan Firefy mengesahkan bahawa tiada mana-mana pesawat dari syarikat itu mengalami kebakaran pada enjin seperti yang didakwa.

Firefly mengeluarkan kenyataan itu selepas sebuah pesawat dari Kuala Lumpur ke Terengganu dilaporkan terbakar dan terdapat pihak yang mengaitkan pesawat terbabit dengan penerbangan Firefly.


Katanya, sudah menjadi tanggungjawab syarikat itu untuk memastikan setiap penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.

MISTERI #MH370 : MENGAPA KOMANDO MALAYSIA KE KORIDOR UTARA ? #PRAYFORMH370 #AL-FATIHAH


Artikel  di bawah ini tersebar meluas di media sosial &  tak mustahil teori konspirasi ini boleh berlaku kepada MH370 . KK pun terjumpa artikel ini di Blog GENERASI PEJUANG BANGSA

Jika  8 saintis China & ratusan lagi rakyatnya  berada dalam pesawat MH370 , kerajaan negara itu tak akan duduk diam & akan terus menyiasat  . Walaupun keluarga penumpang dari negara itu marah kepada kerajaan kita , tapi pemerintah negara itu tetap berkerjasama  kerajaan Malaysia . 

Tetapi dalam keadaaan apa sekalipun ,  kita memerlukan bukti jika benar teori ini berlaku.  

Mungkin sebab itu Komando Malaysia dihantar ke negara di lokasi rahsia  koridor utara seperti India & Maldives (Klik di  sini ) untuk menjejaki petunjuk MH370 walaupun PM menyatakan melalui data satelit ,  MH370  berakhir di lautan Hindi dekat barat daya Australia . 

Malah PM sudah beri jaminan  polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dengan secepat mungkin punca sebenar tragedi menimpa pesawat MH370. klik di sini 


Tuan-tuan boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

 Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. america.aljazeera.com

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control).


Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas.

 Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat.

Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

 Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

 Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia.

 Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

 Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US)