Monday 31 March 2014

DERITA KE RAKYAT DAERAH BALING SAMPAI TERPAKSA MINTA SEDEKAH ? #HanyaDiKedah @azeezputera @MukhrizMahathir



Artikel kali ini KK nak kongsikan tentang betul ke RAKYAT BALING ni "DERITA" ????. Untuk pengetahuan pembaca semua pada 5 April 2014 ni pihak PAKATAN HARAM nak buat satu perhimpunan yang dipanggil "HIMPUNAN DERITA RAKYAT". 

Rakyat Mana yang menderita...... Mungkin KK yang sedang "menderita" sekarang ini...? tika ini mungkin ramai yang mengenali KK melihat kegembiraan dan keceriaan diraut wajah KK... tetapi siapa tahu didalamnya .... mungkin ini artikel terakhir dari KK, yang akan "berfantasi " dan "berehat" seketika dari DUNIA POLITIK .... 

Bebalik kepada HIMPUNAN DERITA tadi.... 

Tujuan mereka melakukan perhimpunan ini adalah untuk menunjukkan kepada semua RAKYAT MALAYSIA tentang konon-kononnya RAKYAT BALING ini menderita kerana kenaikan HARGA BARANG.

Soalan KK : MENDERITA KE RAKYAT DIBALING NI ??? 

Pada pemerhatian KK selama ni, kebanyakkan orang-orang yang susah atau boleh diketegorikan sebagai miskin ni sebenarnya mempunyai sebuah keluarga dan sihat tubuh badan untuk bekerja. Apa yang mereka buat adalah buat kerja kampung yang mereka sendiri tahu pendapatan kerja kampung ni adalah sedikit. 

Pada pendapat KK ini terjadi kerana masalah mereka sendiri, iaitu suka hidup dalam kepompong yang sama dan tidak ada usaha untuk majukan diri dan pendapatan keluarga dan hanya mengharap bantuan daripada kerajaan. 

Jika bantuan itu tidak sampai ke tangan mereka, dengan tanpa usul periksa mereka terus menyalahkan kerajaan seperti RAKYAT MALAYSIA ni dia sorang je. Kalau orang yang betul-betul sakit dan tak boleh bekerja itu adalah dikecualikan. 

Adakah kerana kesalahan diri sendiri yang suka jadi KATAK BAWAH TEMPURUNG ni sampai kerajaan yang dipersalahkan kerana kebodohan mereka. Memang KK tidak menolak yang kini harga barang naik. 

KK menyeru kepada semua pembaca sedarlah kenaikan harga barang ni adalah salah satu proses negara ke arah kemajuan. Untuk pengetahuan pembaca juga subsidi yang Kerajaan kurangkan untuk minyak dan gula adalah bertujuan menstabilkan ekonomi negara. 

Jika ekonomi tidak stabil, cuba pembaca semua fikir adakah RAKYAT MALAYSIA akan dapat BR1M dan bantuan-bantuan lain yang selama ini diberi oleh Kerajaan. Realiti yang dapat dilihat disini, harga minyak dan gula tidak naik tapi sebenarnya subsidi dikurangkan yang menyebabkan harga naik sedikit. 


Pada perhimpunan "DERITA RAKYAT" ni, KK pun tak tau betul ke perhimpunan tu untuk membela rakyat atau diadakan untuk memenuhi nafsu politik pemimpin PAKATAN HARAM yang terus menghasut RAKYAT MALAYSIA dengan fitnah dan dakyah yang bohong selama ini. 

KK ingin bertanya kepada semua pembaca apa yang PAKATAN HARAM tu dah bagi dan buat apa pada RAKYAT MALAYSIA yang boleh dibanggakan. Apa yang mereka buat hanya kutuk Kerajaan dan buat Demonstrasi untuk jatuhkan Kerajaan.

No comments:

Post a Comment