Tuesday 4 March 2014

GAMBAR !! Kesedihan Isteri Kepada Anggota @PDRMsia yang Maut Diserang Warga Asing Di Klang.


Isteri kepada anggota polis yang maut, Allahyarham Raja Aizam Raja Mohd, Norsalmah Nordin berjalan keluar dari bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang dipimpin anaknya bagi mengiringi jenazah suaminya yang mati dalam satu kejadian di Taman Sentosa, di Kalang hari ini. 

Photo: Takziah pasukan @PDRMsia dan  kepada keluarga KPL Raja Aizam yang telah meninggal dunia ketika bertugas. Arwah dan rakan setugas diserang 5 lelaki warga Indonesia.
dalam kejadian yang berlaku 4/3/2014 :  Seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi parah selepas diserang lima lelaki warga asing Indonesia awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi selepas dua anggota kereta peronda (MPV) terserempak kumpulan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
Bagaimanapun, selepas cuba menjalankan pemeriksaan kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba melawan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum merampas senjata api milik seorang anggota polis.
Selepas merampas penjenayah cuba melepaskan tembakan namun gagal sebelum senjata berkenaan berjaya dirampas semula.



Pada masa sama, seorang lagi anggota polis sempat melepaskan tembakan yang menyebabkan dua penjenayah terbunuh sebelum sepasukan anggota polis yang tiba untuk membantu mendapati seorang anggota peronda parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Anggota yang meninggal dunia dikenali sebagai Kpl. Raja Aizam bin Raja Mohd, 53 tahun manakala Kpl Mohd Aidil bin Mustafa, 29, cedera di muka dan kepala.


No comments:

Post a Comment