Selasa, 4 Mac 2014

Masyaallah !! Lelaki Ini di Belasah Sepahkan Al-Quraan Dalam Masjid ? @inspirasiislami


Heboh di laman media sosial, menyatakan inilah lelaki yang menyepahkan kitab suci Al-Quraan di sebuah Masjid. sebenarnya lelaki adalah mangsa kemalangan Jalanraya... ramai dikalangan kaki media sosial berkongsi dan memuat naik gambar ini..... kita pun tak tau pekara sebenar so jangan cepat melatah...





Laporan dari bernama....

Penduduk di Kampung Limbongan dan sekitarnya gempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah al-Quran dan kitab hari ini.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 2.30 pagi itu, al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.
    
Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas tetapi segera diselamatkan, menurut anggota Skim Ronda Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Limbongan yang menyedari kejadian itu ketika membuat rondaan di masjid berkenaan pada 2.30 pagi.
    
Mereka mendapati naskhah al-Quran, kitab-kitab dan surah Yaasin berselerak di dalam dan persekitaran majid berkenaan.
    
Mereka kemudian membuat laporan polis.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika ditemui mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian itu.
    
Beliau meminta orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Perkara itu sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu, katanya. - Bernama






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah