Sabtu, 22 Mac 2014

MISTERI #MH370 : IMEJ PALING JELAS OBJEK YANG DICERAP OLEH SATELIT CHINA.. #PRAYFORMH370




Satelit pihak berkuasa China merakamkan imej sebuah objek berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar di kawasan Lautan Hindi yang kini menjadi zon tumpuan mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak dua minggu lalu.

Imej itu dirakamkan pada pukul 12 tengahari, 18 Mac lepas di kawasan yang terletak kira-kira 120 kilometer ke arah barat daya dari lokasi dua objek terapung dirakamkan oleh sebuah satelit lain dua hari sebelumnya.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media harian di sini petang tadi selepas menerima nota daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

“Saya ada berita terbaru," kata Hishammuddin sebelum membaca nota bertulis tangan yang ada pada tangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah