Jumaat, 28 Mac 2014

Misteri #MH370 : Satelit Thailand kesan 300 objek.





BANGKOK 27 Mac - Satelit Thailand hari ini mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik, Anond Snidvongs berkata, objek tersebut yang dianggarkan berukuran antara dua hingga 18 meter bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer (km) di barat daya Perth.

"Bagaimanapun, kami tidak berani mengesahkan objek yang dikesan itu merupakan serpihan pesawat MH370. Akan tetapi, pihak kami telah menyampaikan maklumat terbabit kepada kerajaan Malaysia," katanya.

Menurut Snidvongs, semua imej berkenaan telah diambil oleh satelit pemerhatian negaranya pada Isnin lalu, namun memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Beliau berkata, objek tersebut dikesan kira-kira 200 km dari kawasan perairan yang m
mempunyai objek dipercayai MH370 hasil cerapan satelit Perancis, sebelum ini.

Thailand dikritik hebat berikutan kelewatan membuat pengumuman iaitu seminggu selepas insiden kehilangan kapal terbang itu bahawa radarnya telah mengenal pasti sebuah pesawat tidak dikenali beberapa minit sebelum MH370 menghantar maklumat lokasi terakhir.

Menurut Tentera Udara Thailand, pihaknya tidak melaporkan penemuan awal itu kerana
menganggapnya bukan ancaman. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lalu mengumumkan pesawat berkenaan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi berhampiran barat Perth, Australia.

Pesawat MH370 yang membawa sebanyak 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China. Operasi mencari bangkai pesawat MH370 dihentikan hari ini disebabkan keadaan cuaca buruk. 
- AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah