Selasa, 25 Mac 2014

MISTERI #MH370 TERJAWAB : Kapten Nik Huzlan nafi buka laman peminat di #Facebook


Susulan misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu, Terjawab Disini populariti bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain turut meningkat.

NIk Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan merupakan ahli panel yang sering dijemput oleh Astro AWANI untuk berkongsi pandangannya untuk masyarakat memahami apa yang sebenarnya mungkin berlaku kepada pesawat Boeing 777- 200 itu.

Mungkin ingin mengambil kesempatan daripada popularitinya, sebuah laman peminat tiba-tiba muncul di Facebook atas nama Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan.

Nik Huzlan dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau menafikan terlibat membuka laman peminat itu dan mengaku beliau tidak ada kena-mengena serta tidak pernah menulis apa-apa di laman itu.

"Ini boleh menimbulkan salah faham bagi sesiapa yang melawat page tersebut. Saya juga mendapati ada sejumlah gambar peribadi saya yang telah diposkan. Saya kurang selesa dengan keadaan itu," tulisnya.

Walau bagaimanapun, Nik Huzlan berterima kasih kepada orang yang membuka laman itu yang beliau percaya dilakukan dengan niat yang baik.

"Saya hanya ada satu laman FB yang dulu dinamakan XR Rider, dan baru ditukarkan kepada nama "Nik Huzlan"," katanya lagi.

Beliau juga berharap pihak yang membuka laman peminat itu dapat berhubung segera dengan beliau 
"supaya isu ini dapat diselaraskan dengan sebaik mungkin."

Dalam diskusi terbaru dengan Astro AWANI, Nik Huzlan mengulas mengenai salinan transkrip komunikasi 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan yang didakwa diperolehi akhbar The Telegraph.

Beliau menganggap transkrip itu, berdasarkan pengalamannya jadi juruterbang, sebagai meragukan dan satu 'jenaka'.- BeritaAwani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah