Sunday 9 March 2014

PENUMPANG MISTERI BERJAYA NAIK PESAWAT #MH370 SIAPA MEREKA ? #PrayForMH370

INI ADALAH WAJAH SEBENAR PEMILIK PASSPORT
yang didapati digunakan oleh individu misteri untuk menaiki pesawat MH370.

Walau secanggih mana sekalipun sistem yg digunakan dinegara kita..ia tetap dilakukan oleh tenaga manusia untuk laksanakan sistem tersebut..pasti akan ada kesilapan dan jadi "TERLEPAS PANDANG"..mungkin juga kerana Malaysia salah satu negara yg selamat dari TERRORIST maka sikap ambil mudah terus menjadi amalan..walau bagaimanapun sebagai Rakyat Malaysia saya Sentiasa mendoakan keselamatan pesawat MH370 dan penumpang serta anak kapalnya..mudah mudahan dilindungi Allah..

dilaporkan bahawa dua individu masing-masing dari Itali dan Austria yang tersenarai sebagai mangsa yang menaiki pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang didapati hilang dipercayai masih hidup dan tidak menaiki pesawat berkenaan.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Itali, tiada rakyatnya menaiki pesawat itu, sebaliknya Luigi Maraldi, 37, disahkan tidak berada di dalam pesawat penumpang tersebut.

Italian tourist Luigi Maraldi with Region 8 police commander Major General Panya Mamen at Phuket Police Headquarters today
polis Thailand memberkas Maraldi di sebuah apartment 
di Nanai Road, berhampiran Patong.
Baca seterusnya disini : 

Sebuah akhbar Itali, Corriere Della melaporkan bahawa pasport milik Maraldi dipercayai hilang di Thailand pada Ogos lalu.

Sementara itu, seorang warga Austria, Christian Kozel, 30, yang turut dilaporkan menaiki pesawat tersebut, dilaporkan selamat.


kedua tiket itu dibeli dari China Southern Airlines dalam mata wang Bath Thailand pada harga yang sama.


CNN melaporkan bahawa maklumat itu didapati daripada Travelsky, iaitu sistem pengesahan e-tiket rasmi China.

Nombor siri tiket-tiket itu dikatakan mengikut turutan yang menandakan ia dikeluarkan bersama.

Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Hanya ada dua penumpang yang guna pasport curi.

Dengan perkembangan ini, ini akan menimbulkan keresahan dan kembimbangan terhadap ahli keluarga mangsa Pewasat MH370. diharap pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebarang propaganda tidak berasas terhadap MAS dan kerajaan Malaysia sebelum misteri kehilangan pesawat tersebut diusaikan dan punca nahas dikenalpasti.



Apapun kita sama-sama mendoakan tiada kejadian buruk berlaku dan semua penumpang pesawat dapat diselamatkan seberapa segera. 

No comments:

Post a Comment