Thursday 20 March 2014

Satelit Milik Australia Mengesan 2 Objek Didakwa Ada Kaitan #MH370




Satelit milik Australia mengesan dua objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang MH370 kata Perdana Menteri negara itu Tony Abbott ketika sidang parlimen sebentar tadi.
Serentak dengan itu, pesawat udara jenis Orion telah dihantar ke tempat objek itu dilihat satelit dan akan tiba tidak lama lagi (petang ini).
"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat satelit mengenai objek mungkin berkaitan," kata Abbott, sambil menambah bahawa dia telah memberitahu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek dipercayai mempunyai kaitan dengan apa yang kita cari..."
Tetapi beliau memberi amaran supaya jangan membuat kesimpulan awal.
"Kita mesti ingat tugas mencari objek ini  sangat sukar dan ia mungkin berubah (objek itu) tiada kaitan dengan penerbangan MH370," katanya.
BERITA LANJUT (AGENDADAILY)

No comments:

Post a Comment