Monday 24 March 2014

"SELEPAS MENANG #PRKKajang @drwanazizah TERAJUI KERAJAAN SELANGOR."



Selepas Parti Keadilan Rakyat yang memihak kepada Presidenya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi untuk calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun, iaitu majoriti 5,379 undi.

Spekulasi mengenai perubahan kerusi Menteri Besar Selangor kembali diperkatakan selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Kejayaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menempatkan diri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membuktikan Wan Azizah mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Wan Azizah mempunyai kelayakan untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya menerima sokongan majorti Adun Pakatan Rakyat di negeri itu.

Tegas beliau dengan pengalaman Wan Azizah dalam politik, beliau yakin isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

"Beliau pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia.

"Malah memegang jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Menurut Mohamed Azmin, agenda menerusi rancangan 'langkah Kajang' akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Katanya Adun Bukit Antarabangsa itu, tindakan lanjut mengenai 'langkah Kajang' akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama sekutu Pakatan Rakyat di Selangor.

Sementara itu Anwar ketika ditanya mengeni kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digugurkan dan diganti dengan isterinya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata ia akan dibincangkan beraama DAP dan PAS terlebih dahulu.

"Kena bincang dengan rakan Pakatan Rakyat, ini bukan keputusan saya. Masih terlalu awal untuk diperkatakan," katanya.

Tahniah lah orang-orang selangor dan pengundi Kajang yang memilih Dr Wan Azizah sebagai pemimpin mereka. Selepas KK pasti akan bergeloralah dan porakperanda rumah selangor selepas ni.. kita tunggulah..

Dasar gilakan kuasa serta tamak..... akan meruntuhkan sebuah kerajaan.....


No comments:

Post a Comment