Rabu, 12 Mac 2014

SUBHANALLAH !! LAUNGAN AZAN BERGEMAR DI LOKASI KEHILANGAN #MH370 #PRAYFORMH370 ‪#‎doabuatMH370‪




Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 turut dibantu pasukan Polis Marin Wilayah 3. Operasi tertumpu di sempadan Malaysia-Thailand dan berada pada jarak 50 batu nautika dari Tok Bali. Di kawasan berkenaan, anggota turut laungkan azan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam kea atas junjungan baginda Muhammad dan keluarga serta para sahabatnya. Ya Allah kami mohon keampunan dan keselamatan yang berterusan dalam urusan agama kami dan di dunia mahupun di akhirat. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami dan janganlah didedahkan aib kami pada hari kiamat kelak. Ya Allah, berilah ganjaran baik kepada kami atas kesabaran kami terhadap musibah yang menimpa dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik daripada itu. Ya Allah, berikanlah sebaik-baik ganjaran keatas keluarga yang ditimpa musibah dari kalangan hambaMu wahai Tuhan sekalian alam. 

Post by Anti Rasuah.


Ya Allah, Rahmatilah orang yang telah pergi dikalangan kami. Ya Allah, ampunilah dosa orang yang telah pergi dikalangan kami. Ya Allah, tinggikanlah darjat orang yang telah pergi dikalangan kami. Ya Allah, ampunilah dosa mereka, rahmatilah mereka dan kasihanilah mereka. Hapuskanlah keburukan-keburukan mereka dan gantikannya dengan kebaikan dan kemuliaan serta kurniaanMu yang baik wahai Tuhan sekalian alam. Dan limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda serta segala puji hanya bagiMu wahai Tuhan sekalian alam. Amin... Ya Rabbal 'Alamiin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah