Tuesday 18 March 2014

Video MISTERI #MH370 : 'All Right, Good Night' Disahkan Suara Pembantu Juruterbang. #PRAYFOEMH370


Juruterbang penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid kini menjadi individu disyaki bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat milik MAS.
Hal ini kerana, mereka didakwa telah mematikan Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS sebelum menghantar mesej terakhir kepada menara kawalan.
Juruterbang itu berkata:  "Baiklah, selamat malam" apabila Kawalan Trafik Udara Malaysia menyerahkan kawalan ke atas pesawat itu kepada Vietnam.
Kata-kata akhir dari kokpit - 'All right, good night' - didengari selepas salah satu sistem isyarat penting dalam pesawat tersebut dimatikan secara manual.
Beberapa pegawai sebelum ini memberitahu, kata-kata terakhir itu datang pada satu tempoh masa apabila salah satu data sistem komunikasi pesawat tersebut sudah dimatikan.
Pengumuman mengenai kemungkinan pesawat telah dirampas oleh juruterbang menyebabkan kesemua pihak yag terlibat dalam penyelenggaraan terhadap pesawat itu sebelum berlepas kini di siasat.
Sehubungan itu satu rakaman video pemeriksaan terakhir terhadap Kapten Zaharie dan Fariq turut didedahkan.- mSTAR

No comments:

Post a Comment