Rabu, 14 Mei 2014

" KEMALANGAN YANG MENIMPA @anwaribrahim TIADA KAITAN DENGAN KRISIS POLITIK DI TERANGGANU"


Anwar Ibrahim dikatakan telah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Seri Hartamas pada jam 10 malam, malam tadi. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan, Fahmi Fadzil.


SO buat apa kita nak ambil tau... apa yang si peliwat buat, Lagi pun si peliwat memang kaki kencing dan putar alam... Dari kita dok dengar dan tau pasal peliwat kat atas baik kita kenal dan rasai serta telusuri apa yang berlaku di Terangganu...


Kat atas tu.. berita terkini berkenaan isu Ahmad Said..



Datuk Seri Ahmad Said yang dilahirkan pada 1957 merupakan Menteri Besar Terengganu sejak 2008 hingga 12 Mei 2014.

Beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Terengganu dan merupakan bekas ahli UMNO.

Ahmad Said merupakan anak bongsu kepada pasangan Said Bin Mohamad dan Wook Binti Ali dimana beliau telah dilahirkan pada 15 Februari 1957 di Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu.

Zaman persekolahan Ahmad bermula pada tahun 1964 di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Kemaman, Terengganu. Beliau kemudiannya menyambung persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Chukai, Kemaman dari tahun 1970 hingga 1974.

Ahmad Said yang merupakan graduan jurusan sains politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mula menceburi bidang politik seawal tahun 1975 iaitu di usia 19 tahun beliau dilantik sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Telok Kalong, Kemaman.

Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1978 sehingga dilantik menjadi ADUN Kijal pada 1990.

Susulan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi undian majoriti di Terengganu sekaligus memegang 24 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki lapan kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Ahmad Said menang dalam kawasan DUN Kijal menewaskan calon PAS, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi. Beliau memperoleh 8,169 undi manakala Hazri 5,012 undi.

Semasa pembentukkan kerajaan baru di Terengganu, kerajaan pusat yang pada masa itu diketuai Tun Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar.

Kontroversi pelantikan MB Terengganu bermula selepas Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada masa itu enggan melantik semula Idris sebagai MB negeri itu. Kontroversi sama pernah terjadi di Perlis dimana pilihan Perdana Menteri pada waktu itu ditolak dan akhirnya kuasa membuat keputusan pada waktu itu diberi sepenuhnya kepada Raja Perlis.

Pada 23 Mac 2008, pejabat Sultan Terengganu mengumumkan pelantikan ADUN Kijal, Ahmad Said sebagai menteri besar baru.

Selepas majlis angkat sumpah, Ahmad Said berikrar untuk menunaikan tanggungjawabnya serta membasmi kemiskinan di negeri itu.

Pada PRU 13, Ahmad Said memenangi kerusi Kijal, sekali lagi mengalahkan Hazri Jusoh daripada PAS dengan undian majoriti sebanyak 4,204.

Semasa krisis banjir yang melanda Pantai Timur pada Disember 2013, Ahmad Said telah menahan dua buah lori Gardenia bagi mengagihkan makanan kepada mangsa banjir yang berada dalam keadaan kelaparan waktu itu, dimana tindakan ini telah mendapat pujian termasuk oleh pihak pembangkang.

Ahmad Said turut dipuji rakyat Malaysia selepas insiden tersebut menjadi bualan hangat di platform media sosial Facebook dan blog.

Februari lalu, Ahmad Said mengkritik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghukum Pasukan Bola Sepak Johor (Johor FA), bukannya individu yang terlibat dalam insiden ‘serangan terowong’ di Stadium Larkin.

FAM mengenakan denda RM30,000 kepada Johor FA untuk insiden tersebut sewaktu perlawanan pusingan kedua Piala FA, Johor Darul Takzim (JDT) menentang T-Team pada 1 Februari 2014.

Ahmad mendakwa keputusan FAM itu tidak wajar kerana pengadil dan pegawai perlawanan tidak melihat apa yang berlaku dalam terowong sewaktu perlawanan berhenti rehat pada separuh masa pertama.

Beliau turut meminta pemain dan pegawai T-Team yang menyaksikan kejadian di terowong Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor baru-baru ini, termasuk pemain pertahanan pasukan itu, Mohd Irfan Abdul Ghani, bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

Pada 12 Mei 2014, Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB Terengganu seterusnya memberi laluan kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang merupakan ADUN Seberang Takir menjadi MB.

Ahmad Said dilaporkan keluar daripada UMNO selepas permintaannya untuk meletak jawatan selepas 17 Mei ini tidak dibenarkan.

Ahmad Said ketika dihubungi astroawani.com  berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
menangguhkan pertukaran itu namun ditolakatas alasan ia perkara peribadi.

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.


KK : Ehhhh.... Peliwat dok xsiden ngan nyamuk ker.... atau dok berangan nak Jadi MB gangnung... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah