Selasa, 13 Mei 2014

#MADSAIDPENGKHIANAT : AHMAD SAID PERLU BERSUMPAH & JELASKAN KEPADA RAKYAT TERANGGANU PEKARA SEBENAR. @NajibRazak


Tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12.


Dato Sri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB Terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar. 

Anak Terengganu Biro Ta'lim Al-A'ly SAM1M Kesal Konflik Di Terengganu

Sekumpulan mahasiswa yang bernaung di bawah Biro Ta'lim Al-A'ly, NGO Suara Anak Muda 1 Malaysia (SAM1M) merupakan gerakan Mahasiswa pertama yang mengeluarkan kenyataan rasmi menurusi sidang media mereka pada pukul 11.00 pagi tadi di Ibu Pejabat SAM1M, Petaling Jaya, Selangor. Jurucakap mereka Fadlillah Mukhatar dan Dyana Nadirah yang juga merupakan anak jati Terengganu melahirkan kekesalan mereka terhadapat isu ini. 

Dari Kiri: Fadlillah Mukhatar dan Dyana Nadirah, jurucakap Biro Ta'lim

Fadlillah Mukhatar menggambarkan isu ini sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesan mendatang. Tindakan Ahmad Said dan adun-adun yang lain keluar parti setelah Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu adalah tidak wajar dan boleh membuatkan kelompok mahasiswa hilang hormat kepada pemimpin yang sepatutnya berjiwa rakyat dan meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu.

Dyana Nadirah pula menyatakan bahawa mana-mana ahli politik yang bertindak keluar parti seharusnya meletakkan jawatan sebagai ahli undangan negeri dan ahli parlimen. Mereka perlu lebih bertanggungjawab dan berintergriti kerana jawatan yang mereka sandang mewakili parti. Pemimpin parti yang memperjuangkan hak kepentingan individu seharusnya ditolak keras. Fadlilah Mukhatar dan Dyana Nadirah sebagai anak jati Terengganu juga turut mengharapkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turun menyelesaikan isu ini dengan kadar segera. Beliau diminta agar tidak terus diam membisu. Setiap keputusan yang beliau buat haruslah difikirkan implikasi yang bakal berlaku.

Biro Ta'lim Al-A'ly juga mendesak supaya pemimpin atasan memikirkan impak atas sebarang keputusan yang dibuat bagi mengelakkan kepincangan dan perpecahan. Situasi ini dianggap tidak sesuai bagi negeri Terengganu yang masih membangun. Mereka juga mengharapkan agar kepimpinan muda khususnya di Terengganu membuat kenyataan dan menyatakan pendirian mereka berkenaan polemik ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah