Ahad, 18 Mei 2014

PARAH !! PEMBERITA NYARIS CEDERA AKIBAT PENYOKONG BENTINDAK LIAR. @FAM @Khairykj


Penyokong bola sepak Sarawak wajar dipuji kerana sentiasa bersemangat tinggi dalam memberi sokongan kepada pasukan ke­sayangan mereka.

Penyokong cemari kemenangan Sarawak

Ini dibuktikan oleh kehadiran penyokong yang ramai dalam setiap perlawanan di Stadium Negeri.

Namun, semangat kesukanan itu terpalit lumpur oleh sikap sebilangan mereka yang tidak bertanggungjawab yang membakar suar dan membaling bom asap ke padang selepas perlawanan.

Insiden ini berlaku lagi kelmarin, selepas skuad Bujang Senang me­numpaskan PKNS 2-1.
Ini menyebabkan asap menyelubungi ruang dalam stadium dan petugas media bertempiaran lari untuk mengelak daripada sesak nafas akibat tersedut asap.

Persoalannya, bagaimana barangan yang diharamkan itu diseludup masuk walaupun stadium dikawal oleh pihak keselamatan.

Bayangkan sekiranya suar dan bom asap itu dibaling ketika pemain sedang beraksi, sudah tentu perlawanan akan tergendala.

Kejadian ini bukan kali pertama berlaku, malah dalam setiap perlawanan.

Sebelum ini berlaku beberapa kes penonton pengsan dan ada yang mati akibat serangan jantung, dipercayai berpunca daripada tersedut asap suar atau bom asap di dalam stadium.

Malah, kelmarin juga menyaksikan pergaduhan antara penyokong Bujang Senang sendiri, dipercayai melibatkan seorang lelaki mabuk mengamuk.

Difahamkan lelaki itu pada mulanya mengamuk di dalam stadium dan dihalau keluar. Namun dia membuat kecoh lagi sehingga cedera akibat dibelasah penyokong lain di perkarangan stadium sebelum keadaan dikawal oleh pihak berkuasa.

Difahamkan lelaki itu, yang cedera di muka dan dahi, telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menerima rawatan.

Insiden yang berlaku ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dari segi kawalan keselamatan di stadium berkenaan.

Pihak keselamatan dan pengurusan stadium seharusnya memeriksa dengan rapi di pintu masuk bagi memastikan tiada yang datang bersama barang berbahaya, termasuk juga arak.

Seorang jurucakap Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang enggan dinamakan mengesahkan menerima laporan mengenai insiden berkaitan lelaki mabuk itu.

Katanya, pihaknya juga kesal dengan tindakan segelintir penyokong yang membuat kecoh selepas perlawanan tamat.

“Sarawak telah menang, mengapa masih mahu menimbulkan kekecohan. Ini menghairankan saya.

“Apa lagi yang penyokong mahukan. Mereka sepatutnya berdiri teguh di belakang FAS dan memberikan sokongan padu kepada skuad, bukannya mencalit arang ke muka kami," katanya ketika dihubungi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah