Jumaat, 16 Mei 2014

PAS juga mengintai peluang untuk memerintah di Terengganu !! @sinaronline


Adalah sesuatu yang sangat pelik lagi menghairankan apabila PAS beriya-iya mendesak UMNO membantu dan menyokong mereka untuk melaksanakan hudud, tetapi diwaktu yang sama langsung tidak mahu membantu dan menyokong, malah menentang ahlinya sendiri Haji Mohammed Nabi Bux sebagai calon PRK Bukit Gelugor yang mahu melaksanakan hudud!


Kemelut Umno di Terengganu mungkin sudah selesai, bagaimanapun kini giliran PAS pula terjebak selepas kritikan “very stupid” menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menulis komen melalui laman sosial Facebook dengan menyelitkan bersama-sama artikel komen Nizar di satu portal berita.
Nizar dalam artikel tersebut menyeru pimpinan PAS berhati-hati dengan Barisan Nasional (BN) semasa krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu baru-baru ini.
“Menantu Hadi (Zaharuddin) menafikan, sebab dia kata bukan tujukan kepada saya.
Dia kata kenyataan ‘very stupid’ itu tidak semestinya ditujukan kepada Datuk Seri Nizar. Kalau bukan kepada saya, tidak tahu kepada siapa dia tujukan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

PAS TOLAK NABI?


Ini politik hipokrit namanya yop!

Saya merujuk kepada kenyataan beberapa pimpinan PAS yang melemparkan fitnah konon calon bebas bagi PRK Bkt Gelugor, Haji Mohammed Nabi Bux bukan ahli PAS, sebaliknya seorang ahli UMNO yang ditaja untuk menjadi calon.

Malahan sudah timbul desas-desus menyatakan bahawa Haji Mohammed Nabi Bux akan dipecat keahlian PAS!

Penolakan pimpinan PAS terhadap pencalonan Haji Mohammed Nabi Bux sangatlah dikesali.

Sedangkan Hj Nabi adalah seorang ahli PAS yang berdaftar dengan sijil pendaftaran keahlian ditandatangani sendiri oleh Allahyarham Datuk Fadhil Nor semasa beliau menjadi Presiden PAS.

Hj Mahammed Nabi dalam kenyataannya jelas bahawa tujuan beliau untuk bertanding adalah kerana mahu membantu PAS melaksanakan hudud.

Ini sudah tentu sinonim dengan perjuangan masakini PAS yang mahu membentangkan Rang Undang-Undang Private untuk Perlaksanaan Hudud di Kelantan.

Tidakkah tambahan seorang lagi Ahli Parlimen akan menguatkan lagi kedudukan PAS dalam Dewan Rakyat daripada 21 ahli kepada 22?

Tidakkah ini akan memberikan PAS tambahan undi untuk membentangkan RUU Hudud itu?

Dengan 22 MP PAS, ditambah dengan sokongan UMNO sebanyak 88 kerusi, menjadikan jumlah 110, hanya kurang 2 sahaja lagi untuk majoriti mudah yang diperlukan?

Jadi adalah tidak menasabah untuk kepimpinan PAS menolak Hj Mohammed Nabi sebagai calon, sedangkan calon DAP Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh telah secara terang-terangan menyatakan akan menolak RUU Hudud PAS tersebut.

Adakah kepimpinan PAS menolak Hj Mohammed Nabi hanya untuk memuaskan hati rakan sekongkolnya DAP?

Sehingga PAS membuat kenyataan sanggup menangguhkan rancangan membentangkan RUU Hudud dalam sidang Parlimen Jun akan datang ini, adakah semata-mata untuk memastikan isu hudud tidak menganggu calon DAP dalam PRK Bukit Gelugor / PRK Teluk Intan?

Adakah tahap penjilatan politik kepimpinan PAS sudah sampai ke peringkat kronik sehingga sanggup menafikan keahlian ahli sendiri?

Persoalan lebih besar ialah adakah rancangan pembentangan RUU hudud PAS sekadar mainan dan retorik politik semata-mata?

Kerana kalau benar PAS ikhlas mahukan kerjasama Ahli Parlimen UMNO menyokong RUU Hudud PAS tersebut, bukankah kemenangan Hj Mohammed Nabi di Bukit Gelugor akan menambah kerusi sokongan untuk PAS?

Sepatutnya kepimpinan PAS mengerahkan seluruh jentera PAS membantu Hj Nabi untuk memastikan kemenangan beliau!

Sepatutnya PAS mengerah seluruh jentera pilihanraya mereka memastikan calon DAP Ramkarpal Singh anak lelaki mendiang Karpal Singh yang terang-terangan menolak RUU Hudud PAS tewas dalam PRK Bkt Gelugor ini.

Jadi agak kehairanan dengan sikap kepimpinan PAS yang bukan sahaja tidak mengaku Hj Mohammed Nabi sebagai ahlinya, malahan langsung tidak mahu membantu beliau sedangkan perjuangan Hj Mohammed Nabi jelas untuk melaksanakan hudud yang diimpikan oleh PAS!

Kalau PAS tidak sanggup membantu dan bekerjasama dengan ahlinya sendiri yang mahu melaksanakan hudud, adalah ironis dan menghairankan PAS berani mendesak UMNO membantu & berkerjasama dengan mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan!

Ini sikap hipokrit politik yang kita tidak boleh terima dan menimbulkan persoalan keikhlasan PAS dan niat sebenar mereka konon mahu melaksanakan hudud di Kelantan!

Sudah tiba masanya wajib bagi PAS memilih antara menjadikan Islam sebagai alat untuk politik atau menjadikan politik sebagai alat untuk Islam, antara menjadikan hudud sebagai alat mendapatkan undi atau menjadikan undi sebagai alat mendapatkan hudud.
 
Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
16 Rejab 1435
16 Mei 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah