Ahad, 25 Mei 2014

RealMadrid Juara Kali ke-10


Gareth Bale muncul wira apabila jaringan semangatnya membantu Real Madrid mencapai impian `La Decima' atau juara buat kali ke-10 selepas mencatat kemenangan 4-1, ke atas Atletico Madrid, awal pagi ini.

Kegemilangan `La Decima' bermula apabila Sergio Ramos berjaya menyamakan kedudukan dalam empat minit masa tambahan selepas 90 minit berlalu. Perlawanan kemudian terikat 1-1, yang membawa kepada perlawanan masa tembahan.

Bale iaitu anak kelahiran Wales tetapi dibesarkan di Southampton meletakkan Real Madrid di depan menerusi tadukan pada minit ke-110.

Real madrid yang bagaikan `cencaru makan petang' itu menambah jaringan menerusi Marcelo dan kemudian penalti oleh Ronaldo. Impian `La Decima' dalam bahasa Sepanyol buat Real bermakna pasukan itu sudah meraih gelaran sama buat kali ke-10.

Real memenanginya sejak 1955 hingga 1960, dan kali terakhir pada 2001/02 iaitu ketika diketuai Zinedine Zidane.

Real Madrid 4
* Sergio Ramos, m-90,
* Gareth Bale, m-110,
* Marcelo, m-117,
* Ronaldo, m-130 (penalti)


Atletico Madrid 1
* Diego Godin, m-36


REAL MADRID: Casillas, Carvajal, Varane, Sergio Ramos, Fabio Coentrao (Marcelo, 59), Modric, Khedira (Isco, 59), Di Maria, Bale, Benzema (Morata, 79), Ronaldo.

ATLETICO MADRID: Courtois, Juanfran, Miranda, Godin, Filipe Luis (Alderweireld 83), Raul Garcia (Sosa 66), Gabi, Tiago, Koke, Villa, Diego Costa (Adrian 9).
PENGADIL: Bjorn Kuipers (Belanda)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah